Berapa jenis najis dalam Islam?
Adakah sama cara menyucikan setiap najis tu?
Jom kita belajar tentang pengertian najis, pembahagian najis dan contohnya dalam artikel ini.
Isi Kandungan
Makna Najis
Maksud najis dari segi bahasa ialah benda yang kotor.
Maksud najis dari segi syarak pula, najis adalah benda kotor yang menghalang sahnya solat, termasuklah najis hukmi dan hakiki.
Pembahagian Najis
1. Najis Mukhaffafah atau najis ringan : air kencing bayi lelaki berusia 2 tahun ke bawah dan hanya minum susu sahaja.
Jenis Najis | Penjelasan | Cara menyucikan |
Najis Mukhaffafah (najis ringan) | Air kencing bayi lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah dan hanya minum susu sahaja. | Lap dan renjiskan air sahaja |
Najis Mutawasitah (najis sederhana) | Yaitu seluruh najis yang selain najis ringan dan berat. | Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. |
Najis Mughallazah (najis berat) | Anjing dan babi serta keturunannya. | Basuh 7 kali termasuk sekali basuhan dengan air yang bercampur tanah. Kaedah ini dipanggil ‘sertu’ |
Najis Mutawasitah dibagi atas dua bagian:
- Ainiyyah : Iaitu najis yang ada warna, bau, dan rasanya. Cara menghilangkannya harus dihilangkan warna, bau, dan rasanya.
- Hukmiyyah : iaitu najis yang tidak ada warna, bau, dan rasanya. Cara menghilangkannya cukup mengalirkan air kepada najis tersebut.
Contoh Najis Mutawasitah
1. Arak
2. Darah
3. Bangkai
4. Air kencing, tahi dan muntah manusia serta binatang
5. Anggota badan haiwan yang terpotong
6. Susu haiwan yang tidak dimakan dagingnya
7. Air wadi
8. Air mazi
Najis Yang Dimaafkan
- Bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya, jika ia dibelah ketika hidup seperti lalat dan lipas. Begitu juga jika bangkai tersebut terjatuh kedalam air minuman hukum air itu tidak terkena najis.
- Darah, nanah dan muntah yang sedikit adalah dimaafkan jika terbawa dalam sembahyang. Begitu juga darah kutu atau nyamuk yang pada pakaian dengan tidak senghaja.
- Nanah dan darah dari tubuhnya sendiri walaupun banyak jika tidak melewati dari tempat mengalir yang biasa. Jika terkena pada pakaian dengan tidak senghaja maka ia dimaafkan.
- Tanah, lumpur atau air di jalan yang bernajis, jika terkena pada pakaian dan tidak dapat dielak maka dimaafkan.
- Najis yang halus yang tiada dapat dilihat oleh mata kebanyakan orang seperti najis yang ada pada kaki lalat.
Kesimpulan
Kita perlu bijak membezakan jenis-jenis najis kerana lain najis, lain cara membersihkannya.
Jom jawab sedikit soalan untuk uji kefahaman korang semua.
Apakah Arak Najis?
Arak itu Najis Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari
Basuh Jilatan Anjing Dengan Sabun, Ganti Tanah
Syarak menaskan untuk menyucikan jilatan anjing hendaklah dibasuh dengan air 7 kali dan salah satunya bersama tanah.
Ada khilaf ulama bolehkah ditukar tanah dengan bahan cucian lain seperti sabun.
Ada sebahagian ulama Hanabilah yang membenarkan menggunakan sabun dan bahan cucian lain, jika payah untuk mendapatkan tanah atau penggunaan tanah boleh merosakkan bahan yang dibasuh.
Walaubagaimana pun, pendapat pertama yang tidak membenarkan lebih kuat, lebih berpegang kepada nusus, dan lebih menyelamatkan.
Taik Ikan Bilis, Najis ke?
Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ini isu yang kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah. Penjelasan penuh di https://soaljawab.wordpress.com/2007/05/30/taik-ikan-bilis-najis-ke/.
Wallahua’lam
Keywords: najis mukhaffafah dalam jawi, najis bayi