10 Sifat Malaikat

Izuan
10 sifat malaikat

Malaikat ialah makhluk tuhan yang diciptakan daripada cahaya. Sifat-sifat malaikat agak berbeza berbanding makhluk lain seperti manusia dan jin.

Walaupun kita tidak mampu melihat malaikat, kita wajib percaya kerana beriman kepada malaikat termasuk dalam rukun iman. Berikut ialah beberapa dalil sifat malaikat daripada al-Quran dan Hadis.

1. Malaikat Diciptakan Daripada Cahaya

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

Maksudnya : Dari Aisyah R.A. berkata, dari Rasulullah S.A.W bersabda : “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu.”

(Riwayat Muslim)

2. Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Najm ayat 27-28 :

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-semata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran i’tikad”.

(Surah Al-Najm : 27-28)

3. Malaikat tidak dapat dilihat

Maksudnya : Dari Abu Salamah bahawasanya ‘Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :  “Wahai ‘Aisyah, ini Jibril datang dan dia menyampaikan salam kepadamu! ‘Aisyah pun menjawab: Begitu pula ‘alaihis salam wa rahmatullah (baginya keselamatan dan rahmat Allah), dia dapat melihatku sedangkan aku tak dapat melihatnya.

(Muttafaq ‘Alaihi)

4. Malaikat boleh berubah rupa

Pada hadis ke-2 dalam Hadis 40 Imam Nawawi, Malaikat Jibril menjelmakan diri menjadi seorang lelaki dan bertemu Rasulullah SAW untuk mengajar tentang islam, iman dan ihsan. Hadis ini juga dikenali sebagai hadis Jibril.

5. Malaikat tidak melakukan dosa dan maksiat

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah S.W.T dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

(Surah Al-Tahrim : 6)

6. Jumlah malaikat tidak terhitung banyaknya

Sabda Nabi SAW:

إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ، وَأَسْمَعُ مَا لَا تَسْمَعُونَ أَطَّتِ السَّمَاءُ، وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا
وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah.”

7. Malaikat mempunyai sayap

Firman Allah SWT,

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya

(Surah Fatir : 1)

8. Malaikat mempunyai tugas-tugas tersendiri

Setiap malaikat ada tugas mereka yang tersendiri contohnya Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu, Malikat Munkar dan Nakir menjadi penyoal di alam kubur. Sila baca artikel di bawah untuk penjelasan lanjut:

9. Malaikat tercipta sebelum manusia

Jika kita telusuri kisah Nabi Adam, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa malaikat dicipta dahulu sebelum Nabi Adam.

Ketika Allah SWT ingin menciptakan manusia, malaikat bertanya,

image
(Surah al-Baqarah : 30)

10. Malaikat tidak makan, minum dan tidur, bebas daripada nafsu syahwat.

Wallahua’lam

rujukan : mufti wilayah, maktabahalbakri

keywords : ciri-ciri malaikat, sifat malaikat yang boleh dicontohi, sifat wajib malaikat

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini