Kisah Nabi Adam a.s

Izuan
nabi adam

Nabi Adam ialah manusia pertama dan merupakan nabi (utusan Allah).

Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.

Asal Usul Penciptaan Nabi Adam

Nabi Adam kan manusia pertama, sebelum tu apakah yang Allah ciptakan dulu?

Allah SWT telah menciptakan malaikat-malaikatnya, bumi dan arasy setelah itu barulah diciptakan manusia.

Ketika Allah SWT ingin menciptakan manusia, malaikat bertanya,

image 36
(Al-Baqarah : 30)

Kemudian, diciptakan Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Kesombongan Iblis

Setelah Adam diciptakan, semua makhluk syurga bersujud kepadanya atas perintah Allah.

image 37
(al-Baqarah : 34)

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. 

“Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukan berarti sujud menghambakan diri, karena sujud mengambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah Subḥānahu wa Ta‘ālā. Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukan berarti sujud menghambakan diri, karena sujud mengambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah Subḥānahu wa Ta‘ālā.”

Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya menempuh jalan yang sesat.

Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.

Penciptaan Hawa

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.

[Riwayat al-Bukhari, kitab hadis-hadis berkaitan Nabi, bab penciptaan Adam dan keturunannya, no. hadis: 3083, kitab al-Nikah, bab wasiat untuk Wanita, no.hadis 4787]

Biasanya kita dengar yang Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s, sebenarnya ulama’ berbeza pendapat tentang isu ini. Penjelasan lanjut boleh dilihat di artikel Mufti Wilayah ini.

Antaranya hujah yang mengatakan bahawa wanita ini diciptakan daripada tulang rusuk ialah, berdasarkan firman Allah SWT :

خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا

Maksudnya: “Dia (Allah) menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya isterinya (Hawa)”. [Al-Zumar : 6]

Iblis Menghasut Adam dan Hawa

Kerana cemburu terhadap Nabi Adam as, iblis mencari cara untuk mengundang kemurkaan Allah terhadap Nabi Adam.

Picture2
Surah Al-A’raf ayat 19

(Dan Allah berfirman), “Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan istrimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim”.

Iblis berjaya menghasut Nabi Adam untuk memakan buah khuldi dari pokok larangan. Maka Allah telah menurunkan Nabi Adam dan Hawa ke dunia sebagai balasan.

Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah mereka bahawa mereka telah melanggari perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka menyesal dan berdoa,

“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.”

Adam dan Hawa diturunkan ke bumi

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat serta tabiat mereka yang berbeza-beza serta warna kulit dan kecerdasan otaknya.

Sehingga hari ini keturunan Nabi Adam terus berjalan sehinggalah tiba hari kiamat nanti.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini