10 Nama Malaikat dan Tugas Mereka

10 nama malaikat dan tugasnya

Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tiada jantina, tidak beribu/bapa, mempunyai sayap dan mampu menjelmakan diri dalam bentuk manusia.

Mempercayai malaikat termasuk dalam rukun iman kedua. Jumlah bilangan malaikat tidak terkira banyaknya seperti hadis nabi,

Daripada Abu Dzar al-Ghifari, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ، وَأَسْمَعُ مَا لَا تَسْمَعُونَ أَطَّتِ السَّمَاءُ، وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah.”[1]

Namun, ada 10 nama malaikat yang penting kita perlu ingat bersama dengan tugas mereka.

  1. Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu ilahi kepada para rasul dan nabi
  2. Malaikat Mikail tugasnya menyampaikan rezeki kepada makhluk Allah
  3. Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga pintu syurga
  4. Malaikat Malik tugasnya menjaga pintu neraka
  5. Malaikat Munkar tugasnya menyoal mereka di alam kubur
  6. Malaikat Nakir tugasnya menyoal mereka di alam kubur
  7. Malaikat Raqib tugasnya mencatat amalan baik
  8. Malaikat Atid tugasnya mencatat amalan jahat
  9. Malaikat Izrail tugasnya mencabut nyawa, dikenali juga sebagai malaikat maut
  10. Malaikat Israfil meniup sangkakala(semboyan) sesuai dengan perintah tuhan.

Cara Hafal Nama Malaikat

Ada sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid Raihan.

Lagu 10 Malaikat

Wallahua’lam

Similar Posts

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini