10 Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga

Izuan
10 sahabat dijamin syurga

Jom belajar sedikit sebanyak tentang 10 sahabat dijamin syurga ketika masih di dunia lagi. AllahuAkbar.

Sa’id Bin Zaid berkata : Aku bersaksi atas nama Rasulullah SAW  yang mana aku dengar dengan kedua telingaku dan aku peliharanya dengan hatiku. Aku tidak akan meriwayatkan benda yang bohong. Nabi SAW bersabda : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Ali di syurga, Uthman di syurga, Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf di syurga dan Sa’ad Bin Malik di syurga. Dan orang yang kesembilan jika kalian mahu akan aku namakan. Lalu kesemua orang yang berada di masjid memintanya menamakan orang yang kesembilan. Mereka berkata : wahai sahabat Rasulullah, siapakah orang yang kesembilan? Sa’id berkata : Demi Allah, akulah orang yang kesembilan dan orang yang kesepuluh adalah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah.”

Riwayat Al-Nasaie (8193) di dalam Al-Sunan Al-Kubra

Sa’ad Bin Malik yang disebutkan di dalam hadis ini ialah Sa’ad Bin Abi Waqqas. Kerana nama sebenar Abu Waqqas ialah Malik bin Ahib Bin Abd Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka’ab Bin Luayy. (Rujuk Siyar ‘Alam Al-Nubala, 1/93).

1. Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq ialah seorang sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah SAW. Beliau antara orang terawal yang memeluk Islam dan sentiasa di samping Rasulullah SAW ketika memperjuangkan Islam. Antara peristiwa yang penting ialah ketika Abu Bakar RA menemani Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, dan perkara ini telah diabadikan dalam al-Quran pada surah At-Taubah, ayat 40,

اِلَّا تَنْصُرُوْهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّٰهُ اِذْ اَخْرَجَهُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا ثَانِيَ اثْنَيْنِ اِذْ هُمَا فِى الْغَارِ اِذْ يَقُوْلُ لِصَاحِبِهٖ لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَاۚ

Maksudnya : Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, “Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”

2. Umar al-Khattab

Saidina Umar bin al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب), Lahir 581M, kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin. Saidina Umar dilahirkan di Makkah

3. Uthman bin Affan

Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.

Beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dalam masa yang berbeza dan mendapat gelaran Zu Nurain.

4. Ali bin Abi Talib

Saidina Ali bin Abi Talib merupakan salah seorang daripada Khulafa’ ur-Rasyidin. Beliau ialah sepupu Nabi Muhammad SAW dan menjadi menantu setelah dikahwinkan dengan putri kesayangan Baginda iaitu Fatimah az-Zahra. Hasil perkahwinan ini, lahirlah penerus keturunan Rasulullah iaitu Hasan, Husain dan Zainab.

5. Thalhah bin Ubaidillah

Thalhah bin ‘Ubaidillah adalah dari Bani Tamim dan keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah seorang yang mulia, mempunyai harga diri dan sifat dermawan yang luar biasa.

Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan perjuangannya melawan musuh Allah adalah Thalhah bin Ubaidillah. Pengorbanannya kepada nabi membuatnya memiliki banyak gelaran, salah satunya ialah Burung Helang Perang Uhud.

Thalhah juga merupakan antara golongan yang awal memeluk Islam.

6. Zubair bin Awwam

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Zubair ibn al-Awwam. Beliau terkenal sebagai seorang pejuang yang hebat dan telah menyertai banyak peperangan bersama Rasulullah SAW, antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq.

7. Abdurrahman Auf

Nama sebenar beliau ialah Abdu Amr dan sesudah memeluk Islam, Rasulullah SAW memanggilnya dengan panggilan Abdul Rahman. Beliau memeluk Islam sebelum Rasulullah SAW memulakan dakwah dan penyebaran Islam di rumah Arqam bin Abi al-Arqam.

Beliau terkenal sebagai seorang peniaga yang hebat dan dermawan. Ketika hijrah, beliau meninggalkan semua hartanya di Makkah. Ketika di Madinah walaupun ditawarkan harta dan isteri oleh seorang Ansar yang bernama Saad bin ar-Rabi’, beliau berkata “Semoga Allah memberkati keluarga dan hartamu. Tapi aku cuma nak minta kamu tunjukkan aku di mana letaknya pasar sahaja.”

Setelah itu berkat doa Rasulullah SAW dan usahanya, beliau kembali mengumpul kekayaan dan kemudiannya menjadi antara orang yang paling banyak menginfakkan harta di jalan Allah.

8. Sa’ad bin Abi Waqqas

Sa’ad ibn Abi Waqqas ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam. Beliau merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan sepupu ibu Baginda Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.

9. Sa’id bin Zaid

Said hidup dalam keadaan menanggung penderitaan bersama-sama dengan mereka yang tarawal memeluk Islam. Namun beliau merupakan orang yang sangat tabah menanggung ujian demi ujian yang akhirnya Allah SWT memuliakan mereka sehinggalah mereka menjadi asbab islamnya Saidina Umar al-Khattab.

10. Abu Ubaidillah bin al-Jarrah

Amir bin Abdullah bin Jarrah Al Quraisyi Al Fihri Al Makki adalah salah seorang dari kelompok As-Sabiqun Al Awwalun (orang-orang pertama masuk Islam) dan orang yang mendukung kekhalifahan Ali RA. Hal ini ia tunjukkan pada hari Tsaqifah, disebabkan dedikasinya yang tinggi kepada Abu Bakar RA.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini