Maksud Sahabat Nabi

maksud sahabat nabi

Siapa sahabat Nabi Muhammad?

Gelaran sahabat nabi merupakan satu status yang tinggi dan mulia, mereka golongan yang bertuah kerana sempat bertemu dengan Rasulullah SAW.

Makna Sahabat Nabi

Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah berkata bahawa sahabat Nabi adalah orang-orang yang berjumpa dengan Nabi dalam keadaan beragama Islam, dan meninggal juga dalam keadaan Islam.

Antara sahabat Nabi SAW adalah seperti Abu Bakar R.A, Umar R.A, Uthman R.A, Ali R.A dan lain-lain. Cukuplah seperti yang dinyatakan dalam al-Rahiq al-Makhtum ketikamana Nabi menyampaikan khutbah al-Wada’, sahabat yang mendengarnya seramai 124,000 atau 144,000. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 670)

Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu,

  1. Seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta).
  2. Mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda.
  3. Mereka yang mati dalam Islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetapi murtad setelah kewafatan baginda

Kelebihan Sahabat Nabi

Dijanjikan pengampunan dan pahala yang besar

Muhammad adalah utusan Allah dan orang orang yang bersama dia adalah keras terhadap kafir tetapi berkasih sayang sesama merka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaanNya… Allah menjanjikan diantara mereka ampunan dan pahala yang besar”. (QS Al Fath : 29)

Umat terbaik

Sebaik baik manusia pada zamanku kemudian pada zaman berikutnya dan kemudian zaman berikutnya. Lalu akan datang suatu kaum yang persaksiannya mendahului sumpah dan sumpahnya mendahului persaksian”. (HR Al Bukhari)

Golongan yang benar

Sesungguhnya ahli kitab kalian telah terpecah menjadi 72 golongan dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 diantaranya masuk neraka dan satu golongan di dalam surga, yakni golongan yang mengikuti pedoman yang aku dan para sahabatku berada di atasnya”. (HR Abu Dawud).

10 Sahabat Dijamin Syurga

Sa’id Bin Zaid berkata : Aku bersaksi atas nama Rasulullah SAW  yang mana aku dengar dengan kedua telingaku dan aku peliharanya dengan hatiku. Aku tidak akan meriwayatkan benda yang bohong. Nabi SAW bersabda : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Ali di syurga, Uthman di syurga, Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf di syurga dan Sa’ad Bin Malik di syurga. Dan orang yang kesembilan jika kalian mahu akan aku namakan. Lalu kesemua orang yang berada di masjid memintanya menamakan orang yang kesembilan. Mereka berkata : wahai sahabat Rasulullah, siapakah orang yang kesembilan? Sa’id berkata : Demi Allah, akulah orang yang kesembilan dan orang yang kesepuluh adalah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah.”

Riwayat Al-Nasaie (8193) di dalam Al-Sunan Al-Kubra

Artikel penuh tentang 10 sahabat dijanjikan syurga di sini.

Wallahua’lam

Rujukan :

  1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_nabi#:~:text=Dalam%20Islam%2C%20Sahabat%20nabi%20(Arab,Nabi%20Muhammad%20semasa%20mengembangkan%20Islam.
  2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-usul-fiqh/2820-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-22-bertaqlid-kepada-para-sahabat-rasulullah-saw

Similar Posts

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini