|

10 Malaikat dalam Al-Quran dan Hadis

malaikat dalam al-quran dan hadis

Dalam artikel sebelum ini, telah dikongsi tentang 10 nama malaikat dan tugasnya. Sekarang, jom kita lihat dalil al-Quran dan Hadis tentang 10 malaikat ini.

Malaikat Jibril

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.

(Surah Al-Baqarah : 97)

 Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya.

(Surah at-Tahrim : 4)

Malaikat Mikail

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

(Surah Al-Baqarah : 98)

Malaikat Malik

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): “Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!” Maalik menjawab: “Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!”

(Surah az-Zukhruf : 77)

Malaikat Raqib dan Atid

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). 

(Surah Qaf : 18)

Malaikat Israfil

terdapat hadits shahih yang diriwayatkan oleh Muslim, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa dalam doa istiftah ketika shalat,

اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui hal ghaib dan nyata. Engkau menetapkan hukum (untuk memutuskan) apa yang diperselisihkan oleh hamba-Mu (yaitu Yahudi dan Nashrani, pen.). Tunjukkanlah aku pada kebenaran atas apa yang mereka perselisihkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk pada jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki.”

(HR. Muslim no. 770)

Malaikat Munkar dan Nakir

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya.

Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.” Dia berkata: “Bolehkah aku kembali kepada keluargaku untuk memberi khabar kepada mereka?” Kedua malaikat tersebut menjawab: “Tidurlah engkau seperti tidurnya pengantin, yang tidak dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya dari kalangan keluarganya sehingga Allah membangkitkannya daripada pembaringannya itu.

Dan sekiranya mayat tersebut adalah seorang munafik, dia berkata: “Aku mendengar orang-orang mengatakan (suatu perkataan) lalu aku pun mengatakan seperti mereka, aku tidak tahu. Kedua malaikat tersebut berkata: “Sesungguhnya kami telah mengetahui bahawa engkau akan berkata sedemikian.” Lalu dikatakan kepada bumi: “Himpitlah orang munafik itu.” Lalu bumi pun menghimpitnya. Maka dia terus diseksa di dalamnya sehingga Allah SWT membangkitkannya dari pembaringannya itu.

Riwayat al-Tirmizi (1071)

Malaikat Izrail dan Malaikat Ridwan

Nama Malaikat Maut, Izrail, dan Malaikat Ridhwan yang menjaga pintu syurga tidak ditemui sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadis. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Quran, dia hanya disebut sebagai Malaikat Maut atau malakkul maut ( ملك موت)

Wallahua’lam

Similar Posts

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini