Selain daripada bulan Ramadan, terdapat juga hari-hari lain juga yang dianjurkan berpuasa. Berikut merupakan antara waktu sunat puasa:
1. Puasa Isnin Dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith,
Daripada Aisyah R.Anha, katanya:
ููุงูู ุงูุฑููุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุชูุญูุฑููู ุตูููู ู ุงูุงูุซููููููู ููุงููุฎูู ููุณู
Maksudnya: โRasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis.โ
Riwayat al-Tirmizi (745)
Hadith seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
ุชูุนูุฑูุถู ุงูุฃูุนูู ูุงูู ููููู ู ุงูุงูุซููููููู ููุงููุฎูู ููุณูุ ููุฃูุญูุจูู ุฃููู ููุนูุฑูุถู ุนูู ูููู ููุฃูููุง ุตูุงุฆูู ู
Maksudnya: โSemua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.โ
Riwayat al-Tirmizi (747)
2. Puasa Hari Putih(Ayyamul Bidh)
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (ุงูุฃูุงู ุงูุจูุถ). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
ุตูููุงู ู ุซููุงูุซูุฉู ุฃููููุงู ู ู ููู ููููู ุดูููุฑูุ ููุฑูููุนูุชูู ุงูุถููุญููุ ููุฃููู ุฃููุชูุฑู ููุจููู ุฃููู ุฃูููุงู ู
Maksudnya: โRasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.โ
Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
3. Puasa 9 dan 10 Muharram
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam(Muslim 1/474)
4. Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
ู ููู ุตูุงู ู ุฑูู ูุถูุงููุ ุซูู ูู ุฃูุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู ููู ุดููููุงููุ ููุงูู ููุตูููุงู ู ุงูุฏููููุฑู
Maksudnya: โSesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.โ
Riwayat Muslim (1164)
5. Puasa Pada Hari Arafah(9 Zulhijjah)
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: โRasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
ูููููููุฑู ุงูุณููููุฉู ุงููู ูุงุถูููุฉู ููุงููุจูุงููููุฉู
Maksudnya: โIa menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ
Riwayat Muslim (1162)
Wallahua’lam