5 Waktu Sunat Puasa
5 Oktober 2021
Selain daripada bulan Ramadan, terdapat juga hari-hari lain juga yang dianjurkan berpuasa. Berikut merupakan antara waktu sunat puasa:
1. Puasa Isnin Dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith,
Daripada Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ الرَّسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ
Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis.
Hadith seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ
Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.
2. Puasa Hari Putih(Ayyamul Bidh)
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.
HR. Bukhari, no. 1124 dan Muslim, no. 721
3. Puasa 9 dan 10 Muharram
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam(Muslim 1/474)
4. Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
5. Puasa Pada Hari Arafah(9 Zulhijjah)
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Wallahua’lam



