5 Waktu Sunat Puasa

Selain daripada bulan Ramadan, terdapat juga hari-hari lain juga yang dianjurkan berpuasa. Berikut merupakan antara waktu sunat puasa:

1. Puasa Isnin Dan Khamis

Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith,

Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูŠูŽุชูŽุญูŽุฑูŽู‘ู‰ ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุงูุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽู…ููŠุณู

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis.โ€

Riwayat al-Tirmizi (745)

Hadith seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

ุชูุนู’ุฑูŽุถู ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุงูุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽู…ููŠุณูุŒ ููŽุฃูุญูุจูู‘ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุฑูŽุถูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‰ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุตูŽุงุฆูู…ูŒ

Maksudnya: โ€œSemua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.โ€

Riwayat al-Tirmizi (747)

2. Puasa Hari Putih(Ayyamul Bidh)

Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih      (ุงู„ุฃูŠุงู… ุงู„ุจูŠุถ). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan.

Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

ุตููŠูŽุงู…ู ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽู‡ู’ุฑูุŒ ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠ ุงู„ุถูู‘ุญูŽู‰ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ุฃููˆุชูุฑูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุงู…ูŽ

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.โ€

Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)

3. Puasa 9 dan 10 Muharram

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam(Muslim 1/474)

4. Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal

Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ุซูู…ูŽู‘ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‹ู‘ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆูŽู‘ุงู„ูุŒ ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏูŽู‘ู‡ู’ุฑู

Maksudnya: โ€œSesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.โ€

Riwayat Muslim (1164)

5. Puasa Pada Hari Arafah(9 Zulhijjah)

Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.

Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: โ€œRasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:

ูŠููƒูŽููู‘ุฑู ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œIa menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€

Riwayat Muslim (1162)

Wallahua’lam

Semoga kita sama-sama dapat peka dengan waktu sunat puasa. InsyaAllah

sumber – muftiwp, alaf21

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments