Siapakah Wahsyi?
Wahsyi bin Harb ialah seorang hamba berasal dari Habsyah. Dia merupakan hamba kepada pembesar Quraisy bernama Jabir bin Muth’im.
Wahsyi menjadi terkenal kerana berjaya membunuh Saidina Hamzah ayah sedara kepada Rasulullah yang mendapat julukan singa Allah. Peristiwa ini berlaku pada perang Uhud. Pada waktu itu, dia masih seorang hamba. Tuannya Jabir menjanjikan kebebasan jika Wahsyi dapat membunuh Hamzah. Ketika Perang Uhud tujuannya hanya satu iaitu membunuh Hamzah.
Wahsyi Berkata:
“Pada ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di mana gerangan Hamzah, setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain dari Hamzah semasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu,
“Aku mengoncang-goncang tombak ku, dan setelah ku berkeyakinan dengannya aku pun meluncurkannya. Tepat mengena sasarannya di perut, menembusi ari-ari di sebelah hadapan, beliau cuba menerkam ke arahku namun beliau rebah dan jatuh mati, aku mendekatinya dan ku cabut tombakku dan pulang semula ke perkhemahan untuk berehat kerana penyertaan ku tidak lebih dari tugas itu, demi untuk membebaskan diriku, setiba di Makkah aku dibebaskan”.
– dipetik dari kitab Raheeq al-Makhtum
Wahsyi Memeluk Islam
Wahsyi menceritakan rangkaian peristiwa tersebut sebagai berikut:
Setelah perang Uhud aku melanjutkan hidup di Mekkah dalam waktu yang cukup lama sampai tentara Muslim menaklukkan Mekkah. Aku kemudian melarikan diri ke Tha’if, tetapi segera setelah itu Islam juga menjangkau daerah itu. Aku mendengar bahwa sebesar apapun dosa seseorang, ia akan diampuni. Lantas aku menghadap Rasulullah dan mengucapkan syahadat. Ia kemudian melihatku dan menanyakan “Apakah kau Wahsyi yang sama dengan Wahsyi dari Ethiopia?” Aku mengiyakan dan dia kembali bertanya: “Bagaimana kau dapat membunuh Hamzah bin Abdul Muthalib?” Aku kemudian menceritakan peristiwa tersebut. Rasulullah kemudian berpaling dan mengatakan: “Aku tidak akan melihat wajahmu hingga Hari Berbangkit, karena musibah yang menimpa pamanku oleh tanganmu”.
Kemudian selama Rasulullah masih hidup aku menyembunyikan diri darinya, dan setelah wafatnya peperangan dengan Musailamah berlangsung. Aku bergabung dengan tentara Islam dan menggunakan senjata yang sama melawan Musailamah, aku berhasil membunuhnya dengan bantuan salah seorang Anshar. Jika aku membunuh orang terbaik (Hamzah) dengan senjata ini, orang terburuk pun tidak akan sanggup lari darinya.
https://sunnah.com/bukhari:4072
Berikut ialah kisah taubatnya Wahsyi dan sebab kenapa Rasulullah tidak mau melihat wajah Wahsyi.
Kata-katanya setelah berjaya membunuh Musailamah ialah:
“Aku telah membunuh sebaik-baik orang dengan lembingku ketika aku menentang Islam. Kini, dengan lembing yang sama, aku telah membunuh sejahat-jahat orang yang menentang Islam”
Wallahua’lam