Kisah Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib

Izuan
saidina hamzah

Hamzah Bin Abdul Muttalib adalah salah seorang sahabat, ayah saudara kepada Rasulullah SAW. Beliau telah banyak membantu Rasulullah pada awal-awal penyebaran Islam. Antara gelaran Saidina Hamzah ialah “Singa Allah” (Arab: أسد الله) kerana keberaniannya. Hamzah syahid dalam peperangan Uhud.

Biodata Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib

Hamzah merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Dikhabarkan umurnya dengan Nabi Muhammad tidak jauh beza, namun tidak diketahui secara jelas. Mereka membesar bersama dan menjadi adik-beradik susuan kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.

Hamzah pada waktu mudanya suka menghabiskan masa dengan aktiviti memburu. Beliau terkenal dengan kepakaran menunggang kuda dan memanah.

singa Allah hamzah

Saidina Hamzah Masuk Islam

Pada mulanya Saidina Hamzah tidak tertarik dengan Islam, namun setelah melihat anak saudaranya Rasulullah selalu dibuli oleh kaum Quraisy, timbul rasa tanggungjawab yang kuat untuk melindungi Nabi Muhammad. Pada suatu hari, Abu Jahal telah berlebihan ketika mengganggu Rasulullah, tidak sanggup melihat anak saudaranya diejek, Hamzah terus memeluk Islam.

Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar.

Perang Yang Disertai Saidina Hamzah

Perang Badar

Pada perang Badar, Hamzah merupakan salah seorang panglima perang yang gagah berani. Kehebatan Saidina Hamzah di medan perang meningkatkan semangat umat Islam secara keseluruhan. Umat Islam telah menang pada Perang Badar dalam keadaan 313 melawan 1000 kaum Quraisy.

Perang Uhud

Ramai musuh yang terkorban di hujung mata pedang Saidina Hamzah pada waktu peperangan Uhud, namun Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.

Setelah itu ada kisah tentang Hindun makan hati Hamzah, namun kesahihan kisah ini menjadi persoalan. Boleh rujuk artikel Dr. Zulkifli al-Bakri, mufti wilayah untuk penjelasan lanjut:

Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:

“Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Ketika melihat jasad Saidina Hamzah, Rasulullah berasa amat sedih. Rasulullah pun memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak saudaranya.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
Numan fuadi
8 months ago

Hebatnya!