Tipu Sunat, Dibenarkan Menipu Dalam 3 Keadaan Ini

Izuan
tipu sunat

Di kalangan masyarakat kita, pasti pernah terdengar tentang tipu sunat. Ada beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu tipu sunat.

Soalan

Apakah keadaan yang membolehkan seseorang itu menipu?

Jawapan

Terdapat 3 keadaan di mana kita dibenarkan menipu demi kemaslahatan,

Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya.” – [Riwayat Muslim].

1. Ketika mendamaikan 2 orang yang bermusuhan

Contohnya kita melihat dua orang yang bertengkar, maka kita pergi kepada salah seorang dan mengatakan “si fulan ingin berbaik dengan kamu, dia ingin berbicara dan bertemu denganmu”, kemudian kita jumpa seorang lagi dan berkata perkara yang sama. Sehinggalah sampai suatu masa mereka berdamai. Walaupun menipu, tetapi maslahatnya lebih besar daripada mafsadatnya(keburukan).

2. Ketika dalam peperangan

Komandan perang boleh mengelabui atau membuat helah terhadap musuh kerana perang adalah penuh dengan tipu muslihat.

Dahulu ketika Nabi SAW ingin berperang, beliau melakukan tauriyah pada arah perjalanannya, ini termasuk strategi perang. Ini dibolehkan untuk kemaslahatan tentera Islam.

3. Antara suami isteri untuk mendamaikan hubungan

Menipu boleh jika ingin memastikan kesejahteraan rumah tangga, tetapi janganlah menipu untuk kepentingan diri. Contohnya, walaupun isteri masak tak sedap, kita cakap je sedap demi menjag perasaan dan menggembirakan pasangan.

Wallahua’lam

sumber – shahihfiqih

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini