5 Adab Memberi Salam

adab memberi salam

Adab memberi salam jika diamalkan dengan benar, akan dapat mengeratkan lagi kasih sayang sesama Muslim.

Jom belajar tentang adab memberi salam sesuai dengan sunnah Nabi SAW.

1. Siapa Yang Harus Memberi Salam Dahulu

Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: “Diucapkan salam daripada orang yang menunggang ke atas orang yang berjalan, orang yang berjalan ke atas orang yang duduk dan orang yang sedikit ke atas orang yang ramai”.

[Riwayat al-Bukhari (6232)(6233) Dan Riwayat Muslim (2160)]

2. Memberi Salam Kepada Semua Orang

Antara hadis Nabi SAW yang menceritakan akan kelebihan “Salam” serta perintah menyebarkannya adalah: Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.

[Riwayat al-Bukhari (11), (27), (5767) Dan Riwayat Muslim (56)]

3. Adab Memberi Salam Ketika Masuk Rumah

Firman Allah Taala:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ

Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”

(Surah al-Nur: 61)

4. Balaslah Salam Dengan Ucapan Yang Lebih Baik

Firman Allah Taala:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-Nur: 86)

Contohnya, ada orang yang memberi salam Assalamualaikum kepada kita, maka hendaklah kita menjawab Waalaikumsalam Warahmatullah. Lebih panjang jawapannya lebih bagus.

5. Jangan Memberi Salam Kepada Yahudi dan Nasrani

Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahli Kitab. Rasulullah  s.a.w bersabda, “Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani…..” (HR. Muslim)

Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan “wa `alaikum” saja. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu diberi salam oleh Ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Hukum Jawab Salam di Video

Wallahua’lam

Similar Posts

1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
10 months ago

[…] Adab Memberi Salam […]