Bacaan Tasbih Kafarah Rumi

Izuan
tasbih kafarah

“Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr”, ucapan ni mesti selalu dengar kan semasa ceramah agama atau perjumpaan usrah. Terkadang ada juga yang tersilap menyebut tasbih kifarah.

Kenapa kena baca Tasbih Kafarah atau Kaffaratul Majlis?

Hukum membaca Tasbih Kaffarah adalah sunat berdasarkan dalil:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ ذَلِكَ

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang duduk dalam suatu majlis yang banyak di dalamnya perkataan yang tidak bermanfaat untuk akhirat, maka katakanlah sebelum kamu bangun daripada majlis tersebut:

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maha suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu.

Akan diampunkan baginya (dosa) yang dilakukannya dalam majlis tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (3433).

Jadi pastikan kita amalkan bacaan ini pada setiap pertemuan agar mendapat kelebihan Tasbih Kafarah.

Berkenaan akhiri majlis dengan Surah al-Asr tiada dalil khusus, amalan ini merupakan sebahagian daripada ulama salaf.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini