Apa Beza Tasbih Kifarah & Kaffarah

Izuan
kifarah dan kaffarah

Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr“, mesti pernah dengar kan ayat ni di majlis-majlis ilmu. Tapi kan, kadang-kadang orang tersasul menyebut tasbih kaffarah. Mana satu yang betul ni?

Untuk mengetahui beza kaffarah dan kifarah, jom belajar maksud dua perkataan ini dulu.

Maksud Kifarah adalah balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Maksud Kaffarah adalah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Antara perbuatan yang dilakukan sebagai kaffarah dosa ialah membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Hadis Tasbih Kafarah

Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca :

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya : “Kenapa tuan sering membaca doa ini?” Baginda menjawab : “Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan diampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.

tasbih kaffarah jakim

p/s : YANG BETULNYA IALAH TASBIH KAFFARAH

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini