Taawudz

Izuan
taawudz

Taawudz atau istiazah ialah lafaz “A’udzu billahi minas-syaitanir-rajim”. Lafaz ta’awudz ini sering kita baca ketika dalam solat sebelum membaca surah al-Fatihah. Bacaan taawudz ini juga dibaca untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan dan tipu daya syaitan.

Dalil Ta’awudz

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”

(Surah al-Nahl: 98)

Ta’awudz Latin Arab

ta'awudz
“A’udzu billahi minas-syaitanir-rajim”

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk.”

Waktu Bacaan Taawudz

Tulisan ta’awudz ini boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai ikhtiar kita untuk meminta perlindungan kepada Allah daripada perkara-perkara yang tidak elok.

Ulama’ Syafi’e dan Hanbali menyatakan al-isti’azah adalah sunat dibaca secara perlahan-lahan pada setiap awal rakaat, iaitu sebelum mula membaca yang lain.

Selepas itu barulah dibaca Basmalah. Kebiasaannya di Malaysia kita dapat lihat imam membaca ta’awudz dan basmalah dengan nyaring pada solat-solat fardu seperti Maghrib dan Isyak.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini