Surah 3 Qul(Kelebihan, Teks dan Maksud)

Izuan
3 qul

3 qul ialah istilah yang biasa digunakan untuk 3 surah terakhir di dalam al-Quran iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. Menariknya, kesemua surah ini bermula dengan istilah “Qul”. Kadangkala, ia juga dipanggil ayat 3 qul atau Surah al-Muawwizat.

Waktu Afdhal Baca 3 Qul

1. Waktu Pagi dan Petang

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid/zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.”

(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

2. Bacaan 3 Qul Sebelum Tidur

Maksud: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda akan mengumpulkan kedua tapak tangannya. Lalu, kedua tapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Kemudian, Baginda akan mengusapkan kedua telapak tangan tadi kepada anggota tubuh bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali.” 

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 5017)

3. Selepas Solat Fardu

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata,

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir shalat (sesudah salam).”

(HR. An-Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fath Al-Bari, 9:62)

Maksud 3 Qul Rumi

al-ikhlas
Dia Allah Yang Maha Esa (1)
Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu (2)
Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)
Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia (4)

al falaq
Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh (1)
Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)
Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)
Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul (4)
Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

surah an naas
Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia(1)
Raja Manusia (2)
Sembahan Manusia (3)
Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi (4)
Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)
Daripada Jin dan Manusia (6)

Jika dilihat terjemahan 3 qul, kadangkala orang menggunakannya sebagai ruqyah. Dibaca sekali dengan ayat kursi.

Wallahua’lam

Keywords : surah tiga qul, ayat 3 kul

Sumber:

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini