5 Sunnah Sahur Seperti Nabi Muhammad SAW

Izuan
sunnah sahur

Sunnah sahur merupakan amalan ketika berpuasa yang selalu diabaikan oleh masyarakat. Hakikatnya pada amalan bersahur, terdapat pelbagai ganjaran dan keberkatan.

Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut SehriSahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya.

Antara sunnah sahur ialah :

1. Mendapat keberkatan

Sabda Nabi SAW,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.”

Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,

السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”

Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur.

2. Membezakan muslimin dengan Yahudi dan Nasrani

Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.”

Riwayat Muslim

3. Makanan terbaik ketika sahur

Perkara ini adalah faedah yang boleh dipetik daripada hadis Nabi SAW. Sabda Nabi SAW,

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.”

Riwayat Abu Daud

4. Melewatkan sahur

Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.”

Riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam

Maksud azan yang diertikan dalam hadis ini ialah al-iqamah. Di negara kita ada diletakkan waktu imsak iaitu 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Mereka menetapkan waktu imsak ini atas dasar berhati-hati. Tetapi tiada dalil daripada hadis Nabi yang menetapkan waktu imsak.

5. Jangan makan berlebihan

Sunnah sahur berikutnya adalah jangan makan dan minum secara berlebihan. Salah satu trik yang dilakukan oleh banyak orang agar merasa kenyang selama puasa adalah dengan makan banyak makanan saat sahur. Padahal makan terlalu banyak saat sahur juga tidak menjamin anda kenyang seharian.

Selain menimbulkan masalah pencernaan, makan dan minum berlebihan juga sangat dibenci oleh Allah SWT.  Allah SWT berfirman :

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al-A’raf 7: Ayat 31)

Makan dan minum secara berlebih adalah cara yang salah jika dilakukan saat makan sahur. Agar mendapat keberkahan, Rasulullah mengajurkan untuk makan dan minum secukupnya dan tidak berlebihan.

Wallahua’lam

sumber – liputan6, ustazfathulbari

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini