Solat Tarawih: Panduan Lengkap, Cara, Niat, Bacaan & Kelebihan

Solat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Dalil dan Hukum Solat Tarawih

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan (dengan solat), kerana iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Solat tarawih adalah sunat muakkad, sangat digalakkan dilakukan pada setiap malam Ramadan.

Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam dan ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.

Rasulullah SAW sangat menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk bersolat pada malam bulan Ramadan.

Waktu Solat Tarawih

  • Bermula: Selepas solat fardhu Isyak.
  • Berakhir: Sebelum masuk waktu Subuh.
  • Waktu paling afdal: Awal malam, selepas Isyak dan sebelum solat witir.

Bilangan Rakaat Solat Tarawih

Rasulullah SAW tidak menetapkan bilangan tertentu berkenaan ini.

Ada beberapa pendapat yang berbeza dari segi jumlah rakaat solat Tarawih, sebagaimana berikut:

Cara sembahyang tarawih ada yang 8 Rakaat, 20 Rakaat, dan 36 Rakaat.

(Imam Malik رحمه اللّٰه berkata: Solat tarawih itu 9 kali tarwihah, iaitu 36 rakaat tidak termasuk solat witir. Beliau berhujjah berdasarkan perbuatan penduduk Madinah.(Imam Nawawi, Al Majmu’, jilid 3 H: 527)

Ibn Hajar Al-Haithami menukilkan “Tidak sahih bahawa Nabi solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Kesemua hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat adalah hadis yang sangat lemah (tidak boleh dijadikan hujah)!” (Al-Fatwa al-Kubra, jil 1, hlm. 194)

Yang terbaik ialah 20 rakaat, untuk penjelasan lanjut, rujuk artikel ini.

Niat Solat Tarawih

Jika menjadi imam

niat solat tarawih imam
Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Imaman Lillahi Taala 

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.

Jika menjadi makmum

niat solat tarawih makmum
Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.

Rukun Solat Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama dengan rukun sembahyang yang lain juga.

Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

Cara Solat Tarawih (Langkah Demi Langkah)

  1. Niat solat tarawih dua rakaat
  2. Takbiratul ihram
  3. Baca surah al-Fatihah
  4. Baca surah pendek (contoh: al-Ikhlas, al-Falaq, al-Kafirun, dsb)
  5. Rukuk, i‘tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua, berdiri untuk rakaat kedua
  6. Rakaat kedua, ulangi langkah sama
  7. Tahiyat akhir dan salam

Ulang langkah ini untuk setiap dua rakaat sehingga cukup 8 atau 20 rakaat.

Bacaan Surah Selepas al-Fatihah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.

bacaan surah solat tarawih

Bacaan Selawat atau Wirid antara Solat

doa solat tarawih
Bacaan Sebelum Solat Tarawih
cara solat terawih jakim
Bacaan Tarawih Selepas 2 Rakaat
cara sembahyang sunat tarawih
Bacaan Tarawih Selepas 4 Rakaat
cara solat sunat terawih
cara solat tarawih
Bacaan Tarawih Selepas 6 Rakaat
cara sembahyang tarawih
Bacaan Tarawih Selepas 8 Rakaat
This image has an empty alt attribute; its file name is cara-solat-sunat-terawih.png

Doa Solat Tarawih

image 26

Cara Solat Witir

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.

Sunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.

Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:

  1. Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
  2. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
  3. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
  4. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
  5. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
  • Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Soalan Lazim (FAQ)

1. Boleh buat tarawih di rumah?

Boleh, sama ada sendirian atau berjemaah bersama keluarga.

2. Boleh buat 8 rakaat sahaja?

Boleh, 8 atau 20 rakaat kedua-duanya sah & diterima.

3. Mesti baca surah tertentu?

Tidak, boleh baca apa-apa surah yang mudah.

4. Boleh buat witir sahaja tanpa tarawih?

Boleh, tapi keutamaan adalah lakukan tarawih, kemudian witir.

5. Perlu ada bacaan tahlil/selawat?

Tidak wajib, hanya amalan masyarakat tempatan.

Penutup

Solat tarawih adalah peluang keemasan yang Allah berikan setiap Ramadan. Tidak kira di masjid atau di rumah, tunaikanlah dengan ikhlas dan istiqamah. Raihlah keberkatan Ramadan, keampunan dan ganjaran pahala berganda yang hanya datang sekali setahun ini.

Selamat menunaikan solat tarawih. Semoga amalan kita diterima dan Ramadan tahun ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita

Wallahua’lam

Download PDF – http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan-Solat-Terawih-Jakim—2020.pdf

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
3 years ago

[…] Cara Solat Tarawih Lengkap […]

trackback
3 years ago

[…] Cara Solat Tarawih […]

trackback
2 days ago

[…] Solat Tarawih […]