Solat Sunat Tahiyatul Masjid – Niat, Hukum & Cara Solat (Panduan Lengkap)

Anda baru melangkah masuk ke masjid. Langkah pertama kiri dan kanan disusun kemas. Suasana sunyi. Cahaya lembut menembus dari tingkap atas saf hadapan. Beberapa jemaah sedang membaca al-Quran. Anda terasa ingin duduk sejenak… tetapi tiba-tiba terlintas sabda Rasulullah SAW:

“Apabila seseorang di antara kamu masuk ke masjid, maka janganlah ia duduk sehingga solat dua rakaat terlebih dahulu.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah dia — Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat yang bukan sekadar sunat biasa, tetapi tanda penghormatan kepada rumah Allah, tempat suci yang menjadi lambang kebesaran-Nya.

Pengenalan Solat Tahiyatul Masjid

Tahiyatul Masjid secara bahasa bermaksud: “memberi penghormatan kepada masjid.”
Tetapi dalam Islam, penghormatan itu bukan sekadar dengan ucapan — sebaliknya melalui amalan fizikal yang penuh adab: dua rakaat solat sunat.

Solat ini dilakukan setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid, sebelum dia duduk, sebagai isyarat hormat kepada tempat yang dimuliakan Allah.

Hukum solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad, dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Dalil Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Ertinya : “Jika salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk.”  (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Waktu Solat Tahiyatul Masjid

Solat sunat ini tiada batasan waktu dan kita boleh mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja sebaik memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk. Tiada waktu haram solat sunat tahiyatul masjid.

Terkadang akan ada orang bertanya bukankah tiada solat sunat selepas Asar?

Jawapannya boleh solat tahiyatul masjid lepas Asar, kerana solat ini tidak terikat dengan waktu.

Cara Solat Tahiyatul Masjid

1. Baca doa masuk masjid

doa masuk masjid

Rumi : Allahummaftahli abwaba rahmatik

Maksud : Ya Allah! bukakanlah pintu-pintu rahmatMu

2. Niat iktikaf

image 13

3. Niat Solat Tahiyatul Masjid

image 12

4. Angkat Takbir

5. Baca Doa Iftitah

doa iftitah

6. Baca Surah al-Fatihah

teks surah al-fatihah arab, rumi, maksud

Selepas al-Fatihah

Bebas membaca mana-mana surah atau boleh juga baca:

i. Rakaat pertama – Surah al-Kafirun

surah-al-Kafirun

ii. Rakaat kedua – Surah al-Ikhlas

surah al Ikhlas ayat 1 – 4

Selesai dua rakaat, duduk dan teruskan ibadah lain

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

  1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
  2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
  3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
  4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
  5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Soalan Lazim (FAQ)

Jika saya terlupa dan duduk dahulu?

Boleh bangun dan solat, jika belum terlalu lama duduk. Tapi afdhal terus solat sebelum duduk.

Adakah perlu bacaan khas?

Tidak. Baca seperti solat sunat biasa.

Bolehkah dilakukan di surau?

Tidak disunatkan. Surau bukan masjid dari segi hukum syarak (tiada waqaf masjid), jadi Tahiyatul Masjid khusus untuk masjid sahaja.

Kesimpulan

Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukan sekadar solat tambahan. Ia adalah simbol adab, tanda taat, dan penghormatan kepada rumah Allah.

“Siapa yang masuk rumah raja, akan berdiri dan tunduk sopan.
Maka siapa masuk rumah Allah, lebih-lebih lagi patut sujud dan tunduk – dengan dua rakaat solat sunat.”

Semoga kita dapat istiqomah supaya tidak terlepas kelebihan solat sunat Tahiyatul Masjid

Wallahua’lam

sumber – akuislam, shafiqolbu

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
3 years ago

[…] 2 rakaat yang dilakukan ketika memasuki masjid sebelum duduk. Solat Tahiyatul Masjid dilakukan sebagai menghormati […]

trackback
3 days ago

[…] Solat Tahiyatul Masjid […]