Solat Sunat Aidilfitri: Panduan Lengkap, Cara, Niat & Bacaan (JAKIM)

Solat Sunat Aidilfitri ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada pagi 1 Syawal, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ia antara syiar terbesar Islam dan tanda kesyukuran selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Solat ini sangat digalakkan (sunat muakkad), boleh dilakukan secara berjemaah di masjid, surau atau di rumah secara individu atau bersama keluarga.

Antara soalan yang sering ditanya ialah berapa bilangan takbir solat hari raya? Jom kita belajar sama-sama.

Maksud Solat Sunat Aidilfitri

Fitrah bererti asal kejadian atau kejadian semulajadi sesuatu benda. Dan dinamakan Aidilfitri kerana zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam pada hari tersebut.

Dalil Solat Aidilfitri

Hukum solat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut melaksanakannya. Mazhab Syafi’e dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat muakkad.

Bahawa Rasulullah SAW keluar pada Hari Raya Korban (Aidiladha) dan Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Baginda memulai dengan solat. Setelah selesai solat dan memberi salam, Baginda berdiri menghadap orang ramai yang masih duduk di tempat solat mereka masing-masing.

Jika Baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, Baginda tuturkannya kepada orang ramai ataupun ada keperluan lain, maka Baginda akan memerintahkan mereka mengerjakannya.

Baginda selalu bersabda: ‘Bersedekahlah! Bersedekahlah! Bersedekahlah!

Baginda merupakan orang yang paling banyak bersedekah kepada kaum wanita. Kemudian Baginda beredar pulang

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim)

Waktu Solat Sunat Aidilfitri

  • Bermula: Selepas terbit matahari (syuruk) dan naik matahari segalah (lebih kurang 15–20 minit selepas syuruk).
  • Berakhir: Sebelum masuk waktu Zuhur.
  • Waktu paling afdal: Awal pagi sebelum bertebaran ke rumah saudara-mara.

Waktu solat sunat aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia (Semenanjung) sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.

Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada al-Barra’ r.a bahawa dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan bersabda:

Perkara pertama yang akan kita lakukan pada hari ini ialah mengerjakan solat.

Cara Solat Sunat Aidilfitri

cara solat sunat aidilfitri jakim

Jumlah rakaat ialah dua. Rukun solat sama sahaja seperti solat fardu, cumanya ada sedikit perbezaan pada bilangan takbir.

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Jika berjemaah :

أصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan idil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala

Jika seorang :

أصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan idil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat Pertama

Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Membaca doa iftitah

Kemudian, lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih

image 25

Membaca surah al-Fatihah

Membaca surah al–Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)

Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rukuk, i‘tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua, bangun ke rakaat kedua

    Rakaat Kedua

    Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

    Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih seperti di atas

    Membaca surah al-Fatihah

    Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

    Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

    Tahiyat akhir & salam

    Khutbah Hari Raya

    Imam akan memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;

    1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.

    2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.

    Diikuti dengan bacaan:

    لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

    Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.

    Sunnah Sebelum & Selepas Solat Aidilfitri

    • Makan terlebih dahulu sebelum ke masjid (tanda berhari raya).
    • Mandi sunat Aidilfitri dan berpakaian kemas/cantik.
    • Bertakbir raya bermula malam 1 Syawal sehingga imam naik mimbar khutbah.
    • Berjalan kaki ke tempat solat jika mampu.
    • Salam dan bermaafan selepas solat.

    Solat Aidilfitri di Rumah

    • Jika tidak dapat ke masjid (uzur/sakit/darurat), boleh solat di rumah bersama keluarga atau sendirian.
    • Cara dan niat sama seperti di masjid.
    • Jika tiada khutbah, tidak mengapa.

    Soalan Lazim (FAQ)

    1. Berapa rakaat solat sunat Aidilfitri?

    Dua rakaat.

    2. Boleh buat solat Aidilfitri di rumah?

    Boleh, jika ada uzur atau darurat.

    3. Perlu khutbah selepas solat?

    Sunat, tapi jika solat sendiri atau keluarga, solat tetap sah walaupun tanpa khutbah.

    4. Wajib ke takbir tujuh & lima kali?

    Wajib mengikut sunnah Nabi SAW, tetapi jika tertinggal, solat tetap sah.

    5. Jika tertinggal takbir tambahan, apa perlu buat?

    Teruskan solat, tidak perlu sujud sahwi.

    Penutup

    Solat sunat Aidilfitri adalah salah satu syiar terbesar umat Islam. Jadikan ia sebagai detik permulaan yang penuh kesyukuran, perpaduan dan ketaqwaan selepas sebulan berpuasa. Amalkan sunnah Rasulullah SAW dan raikan Hari Raya dengan penuh makna bersama keluarga serta masyarakat.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

    Muat Turun Panduan Solat Sunat Aidilfitri

    Wallahua’lam

    Subscribe
    Notify of
    guest

    0 Comments
    Oldest
    Newest Most Voted
    Inline Feedbacks
    View all comments