Solat Hajat ialah solat sunat yang dilakukan apabila seseorang mempunyai hajat atau keperluan tertentu dan ingin memohon pertolongan daripada Allah SWT. Ia adalah antara amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam, terutama saat menghadapi masalah, ujian, atau keputusan penting dalam hidup.
Kadang-kadang masih ada orang yang bertanya, solat hajat utuk apa?
Solat sunat hajat ialah solat sunat yang dilakukan ketika seseorang itu mempunyai hajat atau keinginan samada sesuatu yang baik atau berada dalam keadaan sulit bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.
Dalil Solat Hajat
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang manusia, maka hendaklah dia berwuduk, solat dua rakaat, dan kemudian memuji Allah serta berselawat ke atas Nabi SAW, kemudian berdoa…”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Bila Waktu Solat Hajat
Ada ke waktu dilarang solat hajat?
Solat sunat hajat ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, terutamanya ketika sedang menghajatkan sesuatu; di siang ataupun pada malam hari. Kecuali pada waktu-waktu tertentu yang dilarang mendirikan solat.
Adalah lebih afdal jika solat ini ditunaikan secara bersendirian di waktu sepertiga malam. Pada waktu itu adalah lebih tenang dan pasti lebih khusyuk dalam mendirikan solat. Bahkan ketika ini masanya lebih sesuai untuk bermunajat kepada Allah SWT
Berapa Rakaat Solat Hajat
Solat sunat hajat boleh dilakukan 2 rakaat (minimum), sehingga 12 rakaat.
Solat Hajat Sendirian Atau Berjemaah
Solat sunat hajat boleh didirikan secara bersendirian mahupun secara berjamaah jika niat dan keinginannya adalah sama. Tetapi lebih afdhol jika dilakukan sendirian.
Cara Solat Hajat
Mulakan dengan Niat Solat Hajat
Rakaat Pertama
1. Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca surah al-Fatihah (satu kali)

4. Dianjurkan membaca surah asy-Syams (atau surah al-Kafirun) atau ayat Kursi (satu atau 10 kali)

5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
Rakaat Kedua
1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah al-Fatihah (satu kali).
3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas (satu kali atau 10 kali)
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua (disarankan utnuk memanjatkan hajat pada sujud yang terakhir ini)
Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaNaka inNi KunTu Minaz-ZhoLimin
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.
(Surah al-Anbiya ayat 87)
Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:
Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu.
Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.
6. Duduk tahiyyat akhir.
7. Memberi salam.
8. Baca doa solat hajat rumi (JAKIM):

Waktu Terbaik Solat Hajat
- Boleh dilakukan bila-bila masa, kecuali waktu larangan solat sunat:
- Selepas Subuh hingga matahari terbit
- Selepas Asar hingga terbenam matahari
- Amat digalakkan dilakukan pada malam hari, terutama waktu sunyi atau selepas solat tahajjud
Tips Mengamalkan Solat Hajat
- Lakukan dengan penuh khusyuk dan yakin
- Ambil wuduk dengan sempurna, mulakan dengan taubat
- Sebut hajat dengan jelas dalam doa selepas solat
- Boleh ulangi beberapa malam jika perlu, insyaAllah lebih mustajab
Soalan Lazim (FAQ) Solat Hajat
1. Berapa rakaat solat hajat?
Paling afdhal dua rakaat, tapi boleh juga dilakukan 4, 6 atau lebih, mengikut keperluan.
2. Boleh dilakukan berjemaah?
Boleh, tapi lebih utama secara individu.
3. Bolehkah baca doa dalam bahasa Melayu?
Boleh, yang penting faham dan ikhlas memohon kepada Allah.
4. Adakah surah khusus dalam solat hajat?
Tiada, boleh baca mana-mana surah yang mudah dihafal.
5. Perlu sebut hajat dalam doa?
Sebaiknya sebut secara jelas dalam hati atau doa selepas solat.
Penutup
Solat hajat adalah amalan mudah, ringkas tetapi sangat besar maknanya dalam kehidupan seorang Muslim. Ia menjadi wasilah untuk memohon pertolongan Allah dalam apa jua keperluan dan kesusahan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan makbulkan segala hajat kita semua.
Selamat beramal, semoga doa anda diperkenankan Allah SWT!