Cara Solat Awwabin

solat awwabin

Solat sunat awwabin ialah solat sunat yang dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak.

Pengenalan

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.

Kelebihan Solat Awwabin

Terdapat pelbagai hadith menceritakan tentang kelebihan solat awwabin, tetapi diragui status hadithnya. Maka saya letak di sini kelebihan memperbanyak solat secara umum.

Diceritakan seorang sahabat Nabi SAW bernama Rabi’ah bin Ka’b Al-Aslami yang bermalam di rumah Rasulullah SAW, lalu menghampiri beliau SAW dengan membawa air wudhu. Kemudian Nabi SAW berkata, “Mintalah sesuatu.”

Lalu Rabi’ah menjawab, “Aku ingin menemanimu di Surga.” Rasulullah bertanya lagi, “Ada permintaan selain itu?” Rabiah mengatakan lagi, “Itu yang aku minta.” Nabi Muhammad SAW kemudian bersabda, “Bantulah aku mewujudkan keinginanmu dengan memperbanyak sujud (sholat)

Hadith Riwayat Muslim

Cara Melaksanakan Solat Awwabin

Sembahyang sunat Awwabin ialah sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Ianya sunat dikerjakan selepas sembahyang fardhu Maghrib dan berakhir dengan masuknya waktu Isyak dan afdhal sembahyang ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir sembahyang fardhu Maghrib berserta Ba‘diyyahnya.

Lafaz Niat

Niat solat awwabin.jpg

Usolli Sunnatal Awwabin Rak’ataini Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Taala

Bacaan surah selepas al-Fatihah

Pada setiap rakaat

  • Al-Ikhlas : 6 kali
  • Al-Falaq : 1 kali
  • An-Naas : 1 kali

Selepas Salam

Selepas memberi salam, terdapat beberapa amalan doa yang biasa menjadi amalan para ulama, antaranya ialah:


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيمَانِي فِي حَيَاتِي ، وَعِنْدَ مَمَاتِي ، وَبَعْدَ مَمَاتِي فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3 kali)


Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon permeliharaan-Mu atas keimananku di waktu hidupku, dan ketika matiku, dan selepas matiku, maka peliharakanlah ia (imanku) atas diriku. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.

Wallahua’lam

sumber – shafiqolbu, wikipedia

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini