Kematian Aminah dan Dijaga oleh Atuknya

Izuan
Kematian aminah

Rasulullah merupakan insan yang sangat tabah kerana pada usia 6 tahun, Baginda diuji dengan kematian Aminah iaitu ibunya. Tidak lama lepas itu, pada umur 8 tahun, atuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia.

Rasulullah telah dijaga oleh ibu susuan bernama Halimah al-Sa’diah sehingga umur 4-5 tahun. Pada sekitar waktu itu terjadi peristiwa malaikat membelah dada Rasulullah SAW.

Dari Anas bin Malik, bahwa Rasulullah SAW didatangi malaikat Jibril saat beliau sedang bermain bersama anak- anak. Kemudian Jibril mengambilnya, membaringkannya, membelah hatinya, lalu mengeluarkan segumpal darah darinya seraya berkata “Ini bagian setan darimu, kemudian mencucinya dengan air zam- zam dalam bejana yang terbuat dari emas. Setelah itu menjahitnya dan mengembalikan ke tempat semula. Anak-anak berlarian mendatangi ibu susuannya, mereka berkata “Muhammad telah dibunuh”. Lalu mendatang Muhammad dalam keadaan berwajah pucat (karena ketakutan). Anas berkata aku melihat bekas jahitan tersebut di dada beliau.

Hadith Riwayat Muslim

Halimah al-Sa’diah berasa takut dengan peristiwa tersebut, lalu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya.

Ke Pangkuan Ibunya Yang Penyayang

Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Suatu ketika, Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya. Beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke Yathrib bersama-sama Nabi Muhammad, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib.

Di sana beliau tinggal selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin tenat, akhirnya ibu nabi meninggal di tempat bernama ” al-Abwa‘ ” yang terletak di antara Makkah dan Madinah.

Kemudian, siapakah yang menjaga Nabi Muhammad selepas kematian ibunya?

Dijaga Oleh Atuknya

Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan. Melihat keadaan cucunya Muhammad, Abdul Mutalib mengasihani dan menyayangi Baginda melebihi cucu-cucunya yang lain.

Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain.

Ibnu Hashim menceritakan:

Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib

Apabila beliau melihat Rasulullah di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.

Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari, datuknya Abdul Mutalib meninggal di Makkah. Sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerahkan hak penjagaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib iaitu saudara kandung ayahnya.

Abu Talib, Bapa Saudara Yang Bertanggungjawab

Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan. Dalam tempoh empat puluh tahun beliau telah menyokong, melindungi, membenarkan, dan membela Rasulullah SAW.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini