Allahumma solli solatan kamilatan, Wasalim sallaman taammaa
A’laa saidina muhammadinil lazi, tanhallubihil u’kadu
Watanfariju bihil kurobu, Watukdho bihil hawa iju
Watunaalu bihirro gha’ ib-u, Wahusnu khawaa timi
Wayustasqhol ghomaamu, biwajhihil karim
Wa ala alihi wasah bihi, fi kulli lamhatim wanafasim
Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.
selawat tafrijiyah lirik rumi
Isi Kandungan
Maksud Selawat Tafrijiyah
Maksud:“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu”.
Selawat adalah satu bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi tujuan berdoa, mendoakan dan merahmati.
Selawat Tafrijiyyah atau dikenali juga sebagai Selawat Nariah atau Selawat Kamilah adalah salah satu bentuk sighah bacaan atau amalan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disusun oleh para ulama yang bersumber dari ijtihad atau ilham ruhi dari Allah SWT
Jenis Sighah Selawat Atas Nabi
Terdapat 2 kategori sighah selawat ke atas Nabi SAW:
- Sighah selawat yang bersumber dari Rasulullah SAW
- Sighah selawat yang bersumber dari sahabat, para tabien, dan orang-orang soleh terdiri dari para wali Allah SWT samada melalui terus dari Rasulullah (yaqazah) atau melalui mimpi kepada Rasulullah SAW atau ilham rohi dari Allah SWT
Tawassul Dalam Selawat Tafrijiyah
Menurut majoriti ulama akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tawassul adalah sebahagian daripada agama.
Pendidikan dan displin ilmu tawassul yang indah kepada Rasulullah SAW dalam selawat ini adalah memohon kepada Alah SWT melalui berkat kemuliaan Baginda, seluruh ahli keluarga dan para sahabatnya pada setiap detik, masa dan nafas bilangan setiap mahluk yang maklum bagi Allah SWT dan disimpulkan:
- Menghuraikan segala masalah yang terikat dan tersimpul
- Menyelesaikan segala kesukaran yang dihadapi
- Menunaikan segala hajat yang dipohon
- Menyampaikan segala impian dan cita-cita
- Memohon husnul khatimah pada akhir hayat
Faedah dan Kelebihan Selawat Tafrijiyah
Menurut Imam Jalaluddin al-Suyuti RA (w.911H), terdapat 40 faedah selawat ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.
Menurut Maulana Muhammad Musa al-Bazi (2017), Khalifah Tarekat Chistiyah dari Pakistan, ibadah selawat adalah bahagian dari keindahan, kemanisan, keagungan dan kenikmatan terindah kepada umat Nabi Muhammad SAW, manakala faedahnya sangat besar kerana ia mengandungi pelbagai rahsia dan pancaran cahaya dari Allah SWT.
Sedikit kisah Selawat Tafrijiyah, berdasarkan Ustaz Ahmad Tunggal (2016), iaitu Sheikh Badan Kebajikan Jamaah Khujakan Johor yang telah membimbing para jamaah selama lebih 40 tahun bacaan Selawat Tafrijiyah sebanyak 4,444 kali di Masjid al-Hijrah, Pekan Baru, Parit Yusof, Muar, Johor dan berdasarkan pengalaman para ahli tarekat yang lainnya bahawa kesan amalan ini dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT sangat membantu dalam memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa dan perasaan.
Selain itu pengamalnya akan turut merasai keberkesanan doa dan hajat terutama hajat menyembuhkan penyakit.
Kesimpulan
Selawat adalah perintah dari Allah SWT. Selawat Tafrijiyah adalah salah satu daripada koleksi sighah selawat yang bersumberkan ijtihad para ahlillah (mereka yang benar-benar mengenal Allah SWT). Justeru, budaya, amalan dan tradisi Majlis Selawat Kamilah ini adalah bertepatan dengan Maqasid Syariah yang lima.
والله أعلم بالصواب
Selawat Tafrijiyah Versi Perempuan(Farhatul Fairuzah) -> https://www.youtube.com/watch?v=Nhytymmci8k
sumber – selawat tafrijiyah mufti wilayah, selawat tafrijiyah 100x
[…] Selawat Tafrijiyah […]