Selawat Ibrahimiyah

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam Tahiyat Akhir di dalam solat.

Selawat Ibrahimiyyah dalam Tahiyat Akhir adalah sunat hai’ah bagiย mazhab Shafieย dan wajib bagiย mazhab Hambali.ย Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepadaย Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita.

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap danย sesempurna lafazย ke atas junjungan Nabi Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat Ibrahimiah ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, โ€œSelawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiah.โ€

Fadhilat Selawat Ibrahimiyah

1.  Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

2.  Nabi Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam bersabda: โ€œSesiapa yang membaca selawat ini, nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya.โ€

3.  Berkata setengah ulama; โ€œSesiapa membaca selawat ini 1000 kali, InsyaAllah dia akan bertemu Nabi Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam di dalam tidurnya.โ€

4.  Menurut Ahmad As-Shawi; โ€œSesiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam di hari Qiamat.

Hadis Selawat Ibrahimiyah

Hadith riwayat Imam Muslim (406):

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ

Maksud Selawat Ibrahimiyah :

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.

Berselawat Kepada Dua Nabi

Kita melakukannya disebabkan sebab-sebab berikut :

1. Nabi Muhammad SAW sendiri mengajarkannya dan memberikan contohnya kepada kita, dan kita wajib mengikuti ajaran Baginda SAW. Firman Allah Taโ€™ala;

ูˆูŽู…ูŽุง ุขุชูŽุงูƒูู…ู ุงู„ุฑูŽู‘ุณููˆู„ู ููŽุฎูุฐููˆู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‡ูŽุงูƒูู…ู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ููŽุงู†ุชูŽู‡ููˆุง

โ€œโ€ฆ..Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. โ€ฆ.โ€ 

( Al-Hasyr : Ayat 7 )

2.  Ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai โ€˜Bapa Para Nabi a.s.โ€™ . Apatah lagi Nabi Muhammad SAW sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Sekaligus Baginda a.s adalah datuk kepada Rasulullah SAW dan juga datuk kepada semua umat Muhammad SAW.

3. Nama Nabi Ibrahim a.s kekal di dalam bacaan Tahiyat di dalam solat kita, adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Taโ€™ala kepada Baginda a.s.

Firman Allah Taโ€™ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim a.s :

ุฑูŽุจูู‘ ู‡ูŽุจู’ ู„ููŠ ุญููƒู’ู…ู‹ุง ูˆูŽุฃูŽู„ู’ุญูู‚ู’ู†ููŠ ุจูุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู†ูŽ (83) ุฑูŽุจูู‘ ู‡ูŽุจู’ ู„ููŠ ุญููƒู’ู…ู‹ุง ูˆูŽุฃูŽู„ู’ุญูู‚ู’ู†ููŠ ุจูุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู†ูŽ (84)

 โ€œ(Nabi Ibrahim berdoโ€™a): โ€œYa Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, ( 83 ) . Dan jadikanlah aku buah bicara yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian (84 ).โ€  

(Surah Asy-Syuโ€™araa)

4. Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai โ€˜Khalilullahโ€™, manakala Nabi Muhammad SAW pula digelar sebagai โ€˜Habibullahโ€™. Kedua-dua gelaran itu bermakna: โ€˜Kekasih Allahโ€™, akan tetapi perkataan โ€˜Habibโ€™ pada โ€˜Habibullahโ€™ itu lebih kepada yang paling dikasihi oleh Allah Taโ€™ala.

Jadi, Nabi Muhammad SAW merupakan makhluk yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah Taโ€™ala. Kelebihan selawat Ibrahimiyah ialah kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu pada waktu yang sama, ianya merupakan satu penghormatan juga kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Selawat Ibrahim di atas menekankan keperluan kita menghayati perjuangan Nabi Ibrahim a.s. untuk diambil iktibar dan pengajaran yang sewajarnya dalam kehidupan kita sehari-hari.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments