Sedekah Subuh Semoga Murah Rezeki

Izuan
sedekah subuh

Maksud sedekah Subuh ialah istilah yang diguna pakai ketika orang sedekah pada waktu Subuh.

Kenapa bukan sedekah Zohor ke? atau sedekah Isyak ke?

Sebabnya sedekah pada waktu Subuh atau awal pagi mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Biasanya awal pagi tu kan orang cakap waktu murah rezeki.

Dalil yang digunakan sebagai sandaran mungkin daripada sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”

Manakala malaikat kedua berkata:

“Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”

Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)

Cara Sedekah Subuh

Sedekah pagi ini boleh dilakukan sebelum Subuh atau selepas Subuh, biasanya dilakukan ketika pergi ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Bagi yang wanita boleh juga sedekah dengan meletakkan tabung di rumah khusus untuk sedekah Subuh, sampai suatu masa infak hasil tabungan itu ke masjid atau tempat yang sepatutnya.

Pada zaman sekarang sedekah Subuh juga boleh dilakukan secara online contohnya sedekah melalui Shopee. Terdapat pelbagai website yang kita boleh sedekah secara online dengan bank-in terus kepada akaun mereka.

Contohnya,

Boleh juga cuba download aplikasi Tulus untuk sedekah dan bayar zakat fitrah.

اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.” 

(Surah Al-Hadid : 18)

Kesimpulannya, sedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak terikat dengan waktu. Tetapi cubalah untuk istiqamah sedekah pada waktu Subuh supaya urusan kita sepanjang hari itu dipermudahkan dengan izin Allah kerana, Allah SWT melihat hambanya bangun pagi dan ingat pada tuhan yang menciptakannya.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini