Tahukah anda, pada zaman sekarang kita boleh sedekah di Shopee secara online sahaja, mudah kan?
Sedekah merupakan amalan mulia dan disukai Allah SWT.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Step by step sedekah di Shopee
Buka aplikasi Shopee, tekan di Prepaid, Bills and Tickets.
Nanti korang akan nampak macam ni dulu.
Scroll ke bawah ke bahagian Donation & Finance
Tekan Donation dan kemudian tentukan jumlah donasi, kepada NGO mana yang anda ingin sumbangkan, dan tekan Continue.
Kemudian akan keluar E-Receipt, tekan je anonymous kalau nak nampak ikhlas sikit, pastu tekan Continue.
Akhirnya, sampai ke bahagian checkout. Pastikan informasi yang diberikan itu betul dan tekan Pay Now.
Lengkapkan bayaran dan siap dah. Senang je kan!
Nak bayar zakat fitrah melalui Shopee pun boleh.
Buat masa ni, saya hanya tahu cara sedekah di Shopee melalui aplikasi mobile, untuk pengguna laptop, caranya masih belum ketemu lagi.
Untuk panduan video, tekan link ini.
Selamat beramal.