Saad ibn Abi Waqqas ialah salah seorang sahabat nabi yang banyak memberi sumbangan kepada agama Islam. Beliau memeluk Islam pada usia yang muda dan termasuk dalam golongan al-Sabiqun al-Awwalun iaitu golongan yang awal memeluk Islam.
Isi Kandungan
Biodata Saad Bin Abi Waqqas
Pada waktu remaja, ketika Saad masih dalam pencarian jati diri, Saad telah menemui jawapannya dalam agama Islam. Ujian boleh datang pelbagai cara, untuk Saad, ujian yang berat datang melalui ibunya.
Ibunya tidak reda dan merajuk kerana Saad telah meninggalkan agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Ibu Saad kemudian melakukan mogok makan dan minum, sehingga badannya menjadi lemah.
“Aku bersumpah kalau kau tidak meninggalkan agama itu, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati! Biar kau rasa bersalah seumur hidupmu. Biar kau menyesal. Biar orang mencerca perbuatanmu selama-lamanya” kata ibu Saad.
Saad sebagai anak yang baik tetap menyediakan makanan kepada ibunya.
Akhirnya satu hari Saad berkata pada ibunya, “Wahai Ibu. Sungguh aku kasih padamu, dan aku juga kasih pada Allah dan Rasul. Ketahuilah, sekalipun tuhan memberikan kamu 1000 nyawa, dan nyawa itu melayang satu demi satu, aku tetap tidak akan berganjak dari agamaku..”
Setelah melihat ketegasan Saad, si ibu akur dan mengalah. Akhirnya dia menjamah juga makanan dan minuman yang disediakan. Sungguh hebat keperibadian Saad bin Abi Waqqas.
Kemudian turun ayat :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Al-Ankabut, Ayat 8
Doa Saad Bin Abi Waqqas
Saad bin Abi Waqqash adalah seorang sahabat Rasulullah ﷺ yang memiliki doa yang manjur dan mustajab. Rasulullah ﷺ meminta kepada Allah ﷻ agar doa Saad menjadi doa yang mustajab tidak tertolak. Beliau ﷺ bersabda,
اللَّهُمَّ سَدِّدْ رَمَيْتَهُ، وَأَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkanlah doanya.” (HR. al-Hakim, 3/ 500).
Peranan dalam Perang & Penaklukan
Doa Rasulullah ﷺ ini menjadikan Saad seorang prajurit pemanah yang hebat dan ahli ibadah yang terkabul doanya.

Pekerjaan beliau ialah membuat busur dan anak panah. Beliau juga merupakan pemanah yang amat tepat panahannya. Ketika perang Uhud, Saad menjadi ketua pasukan pemanah yang ditempatkan di Bukit Uhud. Saad memainkan peranan penting ketika itu sehinggakan orang Islam hampir menang, tetapi akibat beberapa tentera yang tidak patuh arahan Rasulullah menyebabkan panglima Khalid al-Walid berjaya membalik keadaan dan kemenangan berpihak kepada Musyrikin Makkah.
Antara gelaran Saad bin Abi Waqqas ialah Panglima Qadisiyah, ini kerana Saad pernah dilantik menjadi panglima perang ketika Perang Qadisiyah.
Peperangan al-Qadisiyyah telah berlaku pada tahun ke-14 Hijrah. Peperangan ini menyaksikan pertempuran yang sangat hebat di antara tentera Islam di era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab RA dan dipimpin oleh panglima perang yang disegani, Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bertembung dengan tentera Parsi yang dipimpin oleh Rustum bin Farrukhzad al-Armani. Tarikh at-Tobari (3/487).
Kemenangan umat Islam dalam peperangan ini menjadi titik tolak kepada kejatuhan empayar Parsi serta penguasaan umat Islam terhadap negeri-negeri di bawah taklukan kerajaan Parsi dan kawasan sekitarnya.
Riwayat Sa’ad bin Abi Waqqas ke China ?
Menurut sebahagian sumber sejarah tradisional, khususnya dari sumber Arab dan Cina:
- Sa’ad bin Abi Waqqas dikatakan diutus sebagai duta Islam pertama ke China pada zaman Khalifah Uthman bin Affan.
- Beliau didakwa membawa misi dakwah dan diplomasi ke Dinasti Tang (kira-kira 650 M), untuk memperkenalkan Islam secara rasmi kepada Maharaja China.
- Dalam catatan sejarah China, disebut bahawa utusan Arab datang kepada Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang membawa mesej agama dan persahabatan.
- Di Guangzhou, terdapat sebuah masjid bersejarah bernama Masjid Huaisheng, yang dalam tradisi tempatan dikatakan dibina oleh Sa’ad bin Abi Waqqas atau atas namanya.
❗ Penilaian Sejarah
- Dari sudut sejarah Islam moden, tidak ada sumber hadith sahih atau riwayat tabi’in utama yang secara jelas menyatakan beliau pergi ke China.
- Namun, sejarawan Cina dan beberapa penulis Arab klasik mengakui kemungkinan misi diplomatik itu berlaku – walaupun tidak semestinya dilakukan oleh Sa’ad sendiri, mungkin atas namanya atau oleh pengikut beliau.
- Jadi, kemungkinan besar utusan Islam memang pernah sampai ke China pada zaman awal, dan nama Sa’ad bin Abi Waqqas digunakan sebagai simbol penyebaran Islam pertama di Timur Jauh.
⚰️ Wafat
- Wafat: Tahun 55 H / 674 M
- Tempat wafat: Al-Aqiq, pinggiran Madinah
- Usia saat wafat: Sekitar 80 tahun
- Dimakamkan: Di Jannatul Baqi’, Madinah
- Merupakan sahabat terakhir dari golongan yang dijamin syurga yang wafat
Wallahua’lam