Roti merupakan salah satu makanan ruji selain nasi, pasta, bijian dan mi. Kadangkala Rasulullah makan roti bersama cuka dan lauk daging. Jenis roti pula ialah roti gandum yang kasar dan bukannya seperti roti putih Gardenia yang kita biasa lihat di pasaran.
Di dalam kitab Syamail Muhammadiyah, bab jenis roti yang dimakan Rasulullah SAW:
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «مَا أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ وَلَا أَكَلَ خُبْزًا مُرَقَّقًا حَتَّى مَاتَ»
Daripada Anas bin Malik r.a : Rasulullah tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah makan roti gandum halus sehingga Baginda meninggal dunia.
(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)
Betapa zuhudnya Rasulullah SAW, makan apa adanya, tidak bermewah-mewah. Kita perlu banyak-banyak muhasabah dengan pelbagai makanan yang kita makan sehari-hari. Rasulullah makan sedikit, tapi amalnya banyak, dan tetap bersyukur kepada Allah.
Rasulullah Makan Roti Gandum
- Penyediaannya mudah, jadi dapat menjimatkan masa untuk melakukan perkara lain.
- Mudah dihadam, kerana hanya perlu makan sedikit sudah merasa kenyang jika dibandingkan dengan nasi.
- Tidak perlu banyak lauk, kadang-kadang cukup dengan kuah kari, minyak zaitun, atau daging. Justeru menjimatkan masa kerana menyediakan pelbagai lauk akan mengambil masa panjang dan kadang-kadang mudah membazir.
Elakkan Makan Sehingga Kenyang
Adakalanya kekenyangan itu membuatkan kita tersandar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana kurang produktif akibat terlebih makan.
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW amat menjaga sunahnya.
Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang atau dalam erti kata lain makan jangan sampai kenyang.
Masakan tidak, jika terlalu kenyang dan kemudian berehat, kita akan mengantuk
Daripada Urwah, daripada Aisyah berkata: “Demi Allah wahai anak saudaraku. Kami memandang kepada anak bulan. Demi anak bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap.”
Urwah berkata: “Wahai ibu saudaraku, maka apakah yang engkau makan?”
Jawab Aisyah: “Kurma dan air sahaja. Melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW daripada kaum Ansar yang membawakan kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu. Maka, kami minum susu itu sebagai makanan.”
(Sahih Bukhari Muslim)
Wallahua’lam