Rasulullah Ketawa dengan Senyuman

Izuan
Rasulullah ketawa

Kadang-kadang ramai tertanya samada adakah Rasulullah ketawa sama seperti kita?

Rasulullah SAW merupakan insan yang mulia, sepertimana manusia biasa, ada waktu Baginda gembira dan ada masanya Baginda sedih dan menangis.

Baginda SAW sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam setiap keadaan. Baginda juga bergurau bersama isteri dan sahabatnya. Tetapi dalam setiap gurauan Baginda tidak akan melebihi batas dan tidak berbohong

1. Rasulullah SAW tidak pernah ketawa terbahak-bahak

Jabir bin Samurah bercerita:

Kedua-dua betis Rasulullah tidak besar dan sesuai dengan bentuk tubuhnya. Beliau tidak tertawa, cukup sekadar tersenyum. Jika aku memandang Rasulullah, hatiku berkata, ‘Betapa hitam pelupuk mata beliau, padahal beliau tidak bercelak.’ (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

2. Murah dengan senyuman

عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: «مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا رَآنِي مُنْذُ أَسْلَمْتُ إِلَّا تَبَسَّمَ»

Jarir bin Abdullah berkata: Rasulullah tidak pernah menghalang aku mengun­jungi beliau. Semenjak aku memeluk Islam, beliau selalu memandangku dengan senyuman. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

3. Rasulullah ketawa sehingga menunjukkan gigi geraham.

Abdullah bin Mas’ud melaporkan, Rasulullah berkata:

Sesungguhnya, aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah, “Pergilah ke syurga.” Orang itu pun pergi ke syurga. Namun, dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah yang ada di syurga. Dia mengadu ke­pada Tuhannya, “Wahai Tuhanku, sudah ada orang di rumah-rumah itu.”

Orang itu ditanya, “Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu dia diperintahkan kepadanya, “Bayangkanlah (kemahuanmu)!” Orang itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian, Tuhan berkata kepadanya, “Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.” Orang itu membalas, “Wahai Tuhanku! Adakah Engkau sedang mempermain-mainkan aku, padahal Engkaulah Sang Penguasa?”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ketika itu, aku melihat Rasulullah ketawa sehingga terlihat gigi geraham beliau.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi

Wallahua’lam

sumber – al-ahkam.net

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini