Rambut Rasulullah SAW

Izuan
rambut rasulullah

Tidak kenal maka tidak cinta, maka jom belajar perihal berkaitan dengan rambut Rasulullah SAW.

Panjang

Pasti ramai tertanya-tanya rambut Rasulullah panjang atau pendek kan?

Mengenai panjang rambut Rasulullah SAW, berdasarkan pelbagai hadith, terdapat beberapa kesimpulan iaitu:

1. Panjang sampai ke tengah telinga

2. Panjang melebihi bawah cuping telinga

3. Panjang tidak melebihi bahu

Sikat Rambut

Rasulullah mempunyai rambut yang kemas dan rapi, tetapi tidak terlalu berlebihan.

“Abdullah bin Mughaffal r.a menyatakan : Rasululllah SAW melarang kami merapikan rambut secara berlebihan kecuali hanya sesekali”

Saya pernah terdengar tentang rambut Rasulullah belah tengah, tapi tidak jumpa pula dalil berkenaan perkara itu.

Uban di Rambut Rasulullah

Jumlah uban Rasulullah di kepala dan janggutnya tidak melebihi 14, ada sebahagian riwayat yang mengatakan 20.

Abu Musa Muhammad bin Al-Mutsanna bercerita kepada kami, Abu Dawud memberitahu kepada kami, dari Simak bin Harb, ia berkata, “Aku mendengar Jabir bin Samurah ditanya tentang uban Rasulullah SAW. Ia menjawab, “Apabila beliau telah meminyaki rambutnya maka ubannya sama sekali tidak kelihatan. Namun apabila beliau tidak memakai minyak, ubannya kelihatan hanya sedikit’.”

Jika kita ada uban hendaklah kita biarkan sahaja kerana terdapat beberapa nas yang menunjukkan kepada larangan mencabut uban.

Di dalam sebuah riwayat daripada Amru bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ 

Maksudnya: Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.

Manakala dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W menyatakan:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan Allah akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan Allah akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.

Riwayat Abu Daud (4202)

Inai

Rasulullah juga kadangkala dilihat memakai inai di warna rambut Rasulullah berwarna seakan kuning atau kemerah-merahan.

Kesimpulannya

Rasulullah sentiasa menjaga keterampilan dan sentiasa kelihatan kemas, supaya orang ramai tertarik dengan Islam. Kita sebagai umatnya hendaklah berusaha untuk kelihatan bersih dan kemas supaya tidak menjatuhkan nama Islam kerana kelihatan selekeh dan kusut masai. Kita perlu contohi cara penjagaan rambut Nabi Muhammad yang kemas dan rapi pada setiap masa dan keadaan.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp, kitab syamail Muhammadiyah

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
11 months ago

[…] Rambut Rasulullah SAW […]