Niat Puasa Enam dan Kelebihannya

Izuan
puasa enam

Ketika Bulan Syawal kita selalu dengar orang berbual tentang puasa enam. Tapi, apa kelebihan puasa enam?

Nabi S.A.W bersabda;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

1. Hukum puasa enam hari di bulan syawal?

Puasa enam merupakan amalan sunat. Telah berkata Imam An-Nawawi: Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafie bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

2. Bilakah Puasa enam hari di bulan syawal perlu dilakukan?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: Nabi melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha. [HR Bukhari 1991]

Puasa enam tidak perlu berturut-turut, boleh shaja dilakukan sepanjang Syawal.

3. Antara puasa qadha dan puasa enam mana dahulu?

Sekiranya seseorang itu ingin mengambil pandangan yang afdhal, perlulah mengutamakan puasa qadha dahulu sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran.

Sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan disebabkan keuzuran, maka wajar niat puasa enam hari Syawal dahulu kerana qadha puasa bagi orang yang berbuka disebabkan keuzuran bersifat muwassa’ (موسع) iaitu tempoh waktu yang panjang.

4. Menggabungkan niat dengan puasa qadha

Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti Imam Bujairimi di dalam Hasyiah al Bujairimi, Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam Fatawa al Kubro, Imam Romli di dalam Fatawanya, dan banyak lagi.

Antaranya di dalam Hasyiah Syarqawi;

“Menurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa qada’ Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qada’. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan Hadis yang menyebut:

“Kemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.”

“Iaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qada’ bahkan Baginda hanya menyebut puasa sunat.”

Kesimpulan daripada tulisan tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu sah, iaitu dibolehkan untuk menggabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal ialah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.

Wallahua’lam

sumber – harakahdaily

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Cara Puasa Enam […]