7 Persediaan Ramadan yang Mantap

Izuan
persediaan ramadan

Dah buat persediaan Ramadan atau belum? Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ni, Janganlah kita jadi orang yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Bulan Ramadan ni ibaratnya sebagai pertandingan bagi orang-orang yang beriman, sebab di bulan yang mulia ini, mereka akan berlumba-lumba melakukan kebaikan, maka amatlah rugi bagi mereka yang beramal sambil lewa.

Adat dalam sebuah pertandingan, sape yang dah buat preparation awal maka lagi tinggi chance untuk menang. Contohnya pertandingan lumba lari, kalau nak menang mesti ready dari awal kan, kalu sehari sebelum pertandingan baru buat preaparation, macam mana nak menang.

Sama juga konsepnya di sini, ulama’ terdahulu telah menantikan dan membuat persiapan untuk bulan Ramadan, 3 bulan lebih awal.

Antara persediaan Ramadan yang kita boleh lakukan:

1. Bertaubat atas dosa-dosa

Setiap orang pasti melakukan dosa, oleh itu kita hendaklah bertaubat dari dosa-dosa kita supaya lebih mudah untuk melakukan kebaikan. Korang perasan tak, lagi banyak kita melakukan maksiat, lagi berat untuk melakukan kebaikan.

Hati yang dipenuhi dosa dan maksiat, merupakan hati yang kotor dan hendaklah dibersihkan dengan taubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Menangislah jika mampu ketika bertaubat kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

2. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadat

Jika sebelum ini tidak jarang ke masjid, boleh la cuba pergi untuk solat berjemaah. Kalau hati tidak ikhlas, tidak mengapa, paksa je diri dulu, kerana sape je yang awal2 melakukan kebaikan terus ikhlas. Pada waktu yang sama, berdoa pada Allah SWT yang kita ingin berubah menjadi lebih baik.

Belajar cara khusyu’ dalam solat, warm up baca Al-Quran sikit2, solat sunat seperti solat taubat atau solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Mula dengan sikit-sikit, secara istiqomah.

Ini penting supaya bila masuk je bulan Ramadan, xde la baru nak start enjin, terkedek-kedek baru nak mula beribadat. Kalau dah buat persediaan Ramadan lebih awal, masuk je bulan Ramadan, boleh terus pecut.

3. Cuba puasa sunat Isnin dan Khamis

Nanti kita akan berpuasa selama sebulan bagi yang tiada keuzuran, jadi bagi mereka yang jarang berpuasa, eloklah sekiranya berpuasa dulu supaya nanti perut kita tidak terkejut dengan perubahan mendadak terhadap jadual pemakanan kita.

Puasa sunat dapat memberikan waktu kepada badan kita untuk beradaptasi dengan perubahan jadual makan yang lain daripada biasa. Seterusnya mengelakkan penyakit gastrik(pedih ulu hati).

4. Belajar tentang ilmu berkaitan puasa

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. 

[Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik]

Boleh mula belajar tentang perkara yang membatalkan puasa, sunnah ketika berpuasa, keadaan hati ketika berpuasa supaya kita dapat ganjaran penuh daripada ibadat kita itu.

5. Tidur awal, bangun awal

Waktu Sahur kan sebelum subuh, jadi kita kena tidur awal supaya dapat bangun awal. Dengan bangun awal, kita boleh menghidupkan malam Ramadan dengan solat Tahajjud dan membaca Al-Quran. Walaupun nampak simple, tapi ini merupakan persediaan Ramadan yang penting.

6. Rancang dan tetapkan matlamat

Kita perlu muhasabah atau refleksi diri dengan melihat Ramadan tahun2 sebelumnya, cuba niat untuk jadikan bulan Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Try to be relevant, jangan letak target(goals) terlalu tinggi.

Contohnya, kalau sebelum ni khatam Quran sekali je semasa Ramadan, mungkin boleh target untuk upgrade jadi 2 kali. Yang penting niat dan berusaha bersungguh-sungguh, yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat hamba-hambanya yang ingin berubah ke arah kebaikan.

7. Istiqomah dalam beramal

Kadang-kadang ada di kalangan kita yang bersemangat pada awal Bulan Ramadan, banyak baca Quran, solat Terawih 21 rakaat, tetapi bila dah menghampiri akhir bulan dah pancit dan hilang fokus. Ini sesuatu yang kurang baik, kerana sepatutnya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan la kita kena paling semangat untuk beramal.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يا أيُّها النَّاسُ، خُذُوا مِنَ الأعْمَالِ ما تُطِيقُونَ؛ فإنَّ اللَّهَ لا يَمَلُّ حتَّى تَمَلُّوا، وإنَّ أحَبَّ الأعْمَالِ إلى اللَّهِ ما دَامَ وإنْ قَلَّ

“Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit.”

(HR Bukhari No: 5413)

sumber : muftiwp, theasianparent

والله أعلم

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Bulan Rejab telah tiba, maka ada di antara kita yang sudah mula meningkatkan amal kebaikan sebagai persediaan Ramadan. […]