Perbezaan Ghazwah dan Sariyah

Izuan
beza ghazwah dan sariyah

Apa perbezaan ghazwah dan sariyah?

Untuk memahami perbezaan tersebut, kita perlu tahu dulu tentang pengertian ghazwah dan sariyah.

Maksud ghazwah(غزوة) adalah menyerbu atau serbuan, ia berasal dari perkataan arab غزو ghazwa. Perkataan ini digunakan khusus untuk pertempuran yang diketuai Nabi Muhammad.

Maksud sariyyah (سرِيَّة) dari segi bahasa ertinya ‘yang keluar di malam hari’. Disebut dengan sariyah kerana ia berjalan di malam hari, secara tersembunyi agar tidak diketahui oleh musuh. Dari segi istilah adalah perang-perang yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dan diketuai oleh salah seorang sahabat.

Walaupun jarang didengari ada satu istilah iaitu ma’rakah, Ma’rakah ialah peperangan yang berlaku antara umat Islam dan tentera musyrikin tanpa disertai oleh Rasulullah SAW bagi sebab-sebab tertentu seperti sakit atau melaksanakan perintah Allah.

Jumlah Ghazwah dan Sariyah

Walaupun jumlah perang ghazwah tidak diketahui dengan tepat, dianggarkan ada lebih kurang 26 ghazwah, antaranya:

ghazwah dan sariyah

Antara ghazwah yang penting ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Bani Nadhir.

Jumlah sariyah dianggarkan lebih kurang 70 sariyah, antaranya:

  • Sariyah Abd al-Rahman bin Auf ke daerah banu Kilab di Dawmah al-Jandal.
  • Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah bahu Saad bin Bakar di Fadak
  • Sariyah Abu Bakr al-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke “Wadi al-Qura’
  • Sariyah Kurz bin Jabir al-Fihri ke qabilah al-‘Arinah
  • Sariyah Nakhlah

Dan banyak lagi, untuk lihat list penuh boleh baca di artikel ini.

Peperangan yang disertai nabi dipanggil apa?

Ghazwah

Berapa jumlah perang pada zaman Nabi?

Tiada persepakatan ulama’ dari segi jumlah perang.
Namun berdasarkan kajian Syaikh Wahid Abdussalam Bali jumlah perang yang berlaku ialah 100, terdiri daripada 27 ghazwah dan 73 sariyah.

Apa ghazwah terbesar pernah diikuti Nabi?

Ghazwah Hunain. Pada waktu itu terdapat lebih kurang 12000 tentera Islam.

Perang terakhir Rasulullah?

Perang Tabuk iaitu pada bulan Rejab tahun ke-9 hijrah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini