Perang Badar dalam Al-Quran dan Hadis

Izuan
perang badar dalam al quran

Perang Badar boleh dikatakan antara perang yang terpenting dalam sejarah Islam kerana banyak persoalan terjawab melalui pelan ini dan kemenangan yang dikecapi memberi impak yang sangat besar dalam perkembangan Islam.

Untuk tahu lebih lanjut, boleh baca artikel lengkap tentang Perang Badar Kubra.

Ayat Quran Tentang Perang Badar

Surah A’li Imran Ayat 123-125

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (123)

إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَن يَكْفِيَكُمْ أَن يُمِدَّكُمْ رَبُّكُم بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُنزَلِينَ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” (124)

بَلَىٰ ۚ إِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (125)

Surah al-Anfaal

Surah ini dinamakan Al-Anfaal yang bermaksud harta rampasan perang. Perkataan Al Anfaal terdapat pada permulaan surah, tema surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya.

Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a. surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terjadi pada tahun kedua hijrah.

Hadis Tentang Perang Badar

Di antara doa Baginda SAW ketika perang Badar ialah;

“Ya Allah jika kumpulan hamba-Mu ini musnah(dalam peperangan ini), Engkau tidak akan disembah lagi di bumi ini. Ya Allah, tunaikanlah apa yang Engkau telah janjikan kepadaku. Ya Allah, aku memohon pertolongan-Mu.”

Abu Bakar r.a terus menemani Baginda saw dibelakangnya dan membetulkan semula selendang Baginda sambil berkata kepada Baginda dalam keadaan sayu melihatkan kesungguhan Baginda berdoa;  “Wahai Rasulullah, cukuplah Tuan bermunajat kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya Dia pasti akan menunaikan janji-Nya kepada Tuan.”

[HR Bukhari, Kitâbul Maghâzi, no. 3953]

Imam Bukhâri membawakan sebuah riwayat dari Rifâ’ah, salah seorang Sahabat yang ikut serta dalam perang Badar. Rifâ’ah Radhiyallahu anhu mengatakan bahwa Jibril Alaihissallam mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya : “Bagaimana kalian memandang orang-orang yang ikut sserta dalam perang Badar?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Mereka termasuk kaum Muslimin yang terbaik.” atau kalimat yang seperti itu. Jibril Alaihissallam mengatakan : “Begitu juga para malaikat yang ikut dalam Perang Badar.”

[HR Bukhâri, Kitâbul Maghâzi, 9/56, no. 3992]

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: “Rasulullah saw. pergi ke tempat-tempat bekas pertempuran di Badar setelah tiga hari perang selesai. Beliau mendatangi pula tempat-tempat musuh terbunuh dan memanggil mereka. Kata beliau, “Hai Abu Jahil bin Hisyam! Hai, Umayyah bin Khalaf! Hai, ‘Utbah bin Rabi’ah! Hai, Syaibah bin Rabi’ah! Bukankah kalian telah merasakan apa yang dijanjikan Tuhan mu sungguh-sungguh terjadi? Dan aku sendiri menyaksikan apa yang dijanjikan Tuhan ku sungguh-sungguh terjadi.” Ucapan Nabi saw. tersebut terdengar oleh ‘Umar. Kata ‘Umar, “Ya, Rasulullah! Bagaimana mungkin mereka dapat mendengar dan menjawab, padahal mereka telah menjadi bangkai?” Jawab Nabi saw., “Demi Allah yang jiwaku dalam kuasa-Nya. Pendengaranmu tidak setajam pendengaran mereka. Hanya saja mereka tidak dapat menjawab.” Kemudian diperintahkan beliau supaya mayat musuh-musuh tersebut dikumpulkan lalu dilemparkan ke telaga Badar.”

(HR Muslim)

Wallahua’lam

Rujukan :

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini