Malam Nisfu Syaaban

Izuan
nisfu syaaban

Pada bulan Syaaban terdapat satu peristiwa yang penting iaitu Malam Nisfu Syaaban. Nisfu ialah perkataan Arab yang membawa maksud separuh, maka Nisfu Syaaban jatuh pada tarikh 15 Syaaban.

Bulan Syaaban adalah satu bulan yang dipenuhi dengan beberapa kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam beberapa hadis sahih. Amalan kita diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT di dalam bulan Syaaban.

Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW.

Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat tuan banyak berpuasa dalam sebulan seperti tuan berpuasa di dalam bulan Syaaban. Dijawab oleh Nabi SAW : Bulan Syaaban Itulah satu bulan yang sering diambil lewa oleh kebanyakan manusia yang diapit oleh bulan Rejab dan Ramadhan. Dia juga adalah bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan ke hadrat Tuhan sekelian alam. Maka aku sangat suka jika diangkat amalan ku di dalam keadaan aku sedang berpuasa

(Musnad Ahmad dan Sunan al Nasa’i)

Tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut adalah digalakkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadat seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, zikir, berdoa dan Qiamullail sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis. (Yasalunaka fi ad-Din wa al-Hayat: Jld 4 ms 347). Terdapat hadis yang sahih jelas menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban ini iaitu: Daripada Abu Musa al-Asya’ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” (H.R Ibnu Majah).

Saidatina Aisyah menceritakan bahawa bahawa Rasulullah melengkapkan puasa penuh sebulan di dalam bulan Ramadhan dan sangat banyak sekali berpuasa di dalam bulan Syaaban.

(HR Imam al Bukhari dan Muslim)

Wallahua’lam

sumber – muftiterengganu, muftiperak

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini