Nabi Yakub a.s.

Izuan
nabi yakub

Nabi Yakub atau dikenali juga sebagai Ya’qub, Ya’akub, Jacob(dalam Bible), ialah salah seorang nabi dan rasul utusan Allah.

Waktu kecil Nabi Yakub

Yakub a.s. merupakan anak Nabi Ishaq daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. Ibunya adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim a.s., bernama Rifqah binti A’zar (juga disebut Rabekah atau Rivkah dalam versi Yahudi dan Injil Kristian).

Nabi Yakub mempunyai saudara kembar bernama Ishu (atau Esau dalam versi Yahudi dan Injil Kristian). Walaupun saudara kembar, personaliti mereka berbeza sama sekali. Yakub mempunyai peribadi yang lemah lembut, baik dan pemurah manakala Ishu lebih kasar, sombong dan iri hati. Hampir setiap masa pertengkaran berlaku antar saudara kembar ini, dan yang sentiasa mengalah ialah Nabi Yakub a.s.

Sebagai seorang ayah, Nabi Ishaq berharap anak-anaknya akan meneruskan usaha dakwah yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim a.s. iaitu mengajak masyarakat untuk menyembah Tuhan Yang Esa, iaitu Allah. Nabi Ishaq pun berdoa agar Nabi Yakub menjadi anak yang soleh, diberi keberkahan pada hidupnya dan menjadi penyambung tugas kenabian.

Apabila Ishu mendapat tahu ayahnya mendoakan Yakub a.s, dia menjadi iri hati dan semakin bertindak kasar terhadap Yakub. Hari demi hari, hubungan antara dua beradik ini semakin renggang, tiada sinar harapan untuk mereka berbaik. Khuatir akan perkara ini, Nabi Ishaq menyuruh Nabi Yakub membawa diri berhijrah ke tempat yang bernama Faddam A’ram atau Paddan Aram di daerah Iraq.

Maka jalan yang terbaik bagimu, menurut fikiranku, engkau harus pergi meninggalkan negeri ini dan berhijrah engkau ke Faddam A’ram di daerah Iraq, di mana bapa saudaramu iaitu saudara ibumu, Laban bin Batuil. Engkau dapat mengharap dikahwinkan kepada salah seorang puterinya. Oleh yang demikian , menjadi kuatlah kedudukan sosialmu, agar disegani dan dihormati orang kerana kedudukan mertuamu yang menonjol di mata masyarkat. Pergilah engkau ke sana dengan iringan doa daripadaku. Semoga Allah memberkati perjalananmu, memberi rezeki murah dan mudah serta kehidupan yang tenang dan tenteram.

Ucapan Nabi Ishaq kepada Yakub a.s

Hidup di Faddam A’ram

Nabi Yakub merentasi padang pasir yang penuh dengan cabaran. Kadangkala beliau berhenti berehat seketika untuk mengumpul tenaga. Dalam istirehatnya, Yakub a.s. bermimpi ia dikurniakan rezeki yang luas, kehidupan yang aman damai, keluarga dan anak cucu yang soleh dan bakti serta kerajaan yang besar dan makmur.

Bangkit sahaja dari mimpi, hilang penat lelahnya, dan bertambah semangatnya untuk meneruskan perjalanan.

Akhirnya, Nabi Yakub tiba di Faddam A’ram dan mula mencari bapa saudaranya, Labban. Seorang wanita yang ayu dan cantik bernama Rahil telah membawa Yakub bertemu Laban. Rupa-rupanya Rahil ialah anak kepada Laban. Setelah itu, surat dari Nabi Ishak A.S segera diberikan kepada Labban. Surat itu berisi tentang keinginan Nabi Ishak A.S untuk menjodohkan anaknya dengan salah satu putri dari Syeikh Labban.

Namun, Labban memberikan syarat jika Nabi Ya’qub A.S ingin menikahi salah satu putrinya. Labban menyampaikan syaratnya berupa harus menjadi penggembala kambing selama tujuh tahun dan hal itu menjadi mas kawin untuk pernikahannya nanti. Ketika ditanya, putri yang ingin dinikahinya, Nabi Ya’qub A.S menjawab bahwa ia ingin menikahi Rahil. Namun, Labban menjelaskan bahwa hal itu tidak bisa terjadi apabila kamu (Nabi Ya’qub A.S) tidak menikahinya kakaknya, Laya terlebih dahulu, kerana adat pada zaman itu, adik tidak boleh menikah dahulu sebelum kakaknya, ataupun istilah yang digunakan oleh budaya kita ialah ‘langkah bendul’.

Tujuh tahun telah dilalui oleh Ya’qub sebagai pekerja dalam perusahaan penternakan Laban. Ya’akub menagih janji bapa saudaranya, untuk dijadikan sebagai anak menantunya. Maka berkahwinlah Nabi Yakub dengan Laiya, setelah itu Yakub melalui tujuh tahun kedua barulah disatukan dengan Rahil, cinta pandang pertamanya.

Laban memberi hadiah seorang hamba sahaya untuk menjadi pembantu rumahtangga kepada setiap satu anak perempuannya, Laiya dan Rahil. Dan dari kedua isterinya serta kedua hamba sahayanya itu Ya’aqub dikurniai dua belas anak, di antaranya Yusuf dan Bunyamin dari ibu Rahil.

Anak-Anak Nabi Yakub

  1. Ruben
  2. Simon (atau Syahmun)
  3. Levi I @ Lewi I
  4. Yahudza (bapa kepada Bares) (keturunan nenek moyang Nabi Daud,Nabi Sulaiman dan kebawah). Perkataan Yahudi juga diambil daripada namanya.
  5. Dan
  6. Natthali (Naftalv)
  7. Gad (Yad)
  8. Asher (Asvir)
  9. Isakhar (Yassakir)
  10. Zebulon (Zabanun)
  11. Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)
  12. Bunyamin

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini