Nabi Ishaq a.s.

nabi ishaq

Nabi Ishaq (Arabic: إسحاق or English: Isaac) ialah seorang nabi dan rasul yang diutuskan Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Penantian Sarah untuk mengandung

Nabi Ishaq ialah putera Nabi Ibrahim dari isterinya, Sarah. Siti Sarah ialah seorang wanita cantik luaran dan dalaman yang menjadi isteri pertama Nabi Ibrahim a.s. Di sebalik kelebihan itu, Siti Sarah mempunyai masalah kesuburan rahim, dan tidak mampu hamil.

Sehinggakan Sarah membenarkan Ibrahim a.s untuk berkahwin dengan Siti Hajar dengan harapan suaminya mendapat zuriat yang mampu meneruskan usaha dakwah beliau. Dengan izin Allah, Hajar mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki bernama Ismail. Sarah berasa cemburu lalu menyuruh Nabi Ibrahim membawa Hajar dan anaknya jauh dari pandangannya.

Maka Nabi Ibrahim pun membawa Hajar dan Ismail ke tempat yang jauh di sekitar tanah Hijaz. Kisah penuh terdapat pada artikel ini.

Setelah Nabi Ibrahim pulang dari tugasannya membawa Hajar, beliau pulang ke pangkuan Sarah dan kehidupan berterusan seperti biasa. 

Umur Sarah dan Nabi Ibrahim semakin tua sehinggakan mereka berasa tiada harapan untuk mendapat zuriat. Tetapi, Allah mempunyai rancangan yang sebaliknya buat mereka, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya terdapat berita gembira buat keluarga Ibrahim a.s.

Perkhabaran baik oleh malaikat

Telah datang utusan-utusan Allah (malaikat-malaikat) sebagai tetamu di rumah Nabi Ibrahim.

وَلَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُنَآ إِبْرَٰهِيمَ بِٱلْبُشْرَىٰ قَالُوا۟ سَلَـٰمًۭا ۖ قَالَ سَلَـٰمٌۭ ۖ

(Surah Hud : 69)

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrāhīm dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan “Salāmān” (Selamat). Ibrāhīm menjawab, “Salāmun” (Selamatlah)

Kemudian Sarah yang ketika itu berada di balik tirai dikejutkan dengan berita daripada para malaikat.

Dan istrinya berdiri (di balik tirai), lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Isḥāq dan dari Isḥāq (akan lahir putranya) Ya`qūb.

Istrinya berkata, “Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh”.

Para malaikat itu berkata, “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

(Surah Hud : 71-73)

Kabar itu membuat pasangan ini berbahagia, karena setelah puluhan tahun berumah tangga, akhirnya akan memiliki anak.

Akhirnya, Sarah melahirkan seorang anak laki-laki yang diberi nama Ishaq, daripada Nabi Ishaq keturunan bersambung ke Nabi Yakub dan kemudian kepada Nabi Yusuf as.

Perkahwinan Nabi Ishaq

Nabi Ishaq berkahwin dengan seorang wanita Iraq, dan dari perkahwinan itu lahir sepasang anak lelaki kembar.

Bayi laki-laki pertama diberi nama Esau (Aishu). Bentuk fisik Esau ketika pertama kali dilahirkan adalah memiliki tubuh berwarna merah dan seperti jubah berbulu (memiliki banyak bulu di sekujur tubuhnya).

Sedangkan bayi laki-laki kedua diberikan nama Ya’qub yang mana ketika dilahirkan dalam posisi memegang tumit kakaknya. Allah Ta’ala juga mengabadikan kisah kelahiran Ya’qub dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 72.

“Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) Ishaq dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh.” (Q.S. Al-Anbiya’ ayat 72).

Bapa kepada Bani Israel

Keturunan dari Nabi Ishaq a.s. adalah pencetus dari munculnya Kaum Bani Israel. Kaum Bani Israel terlahir dari para keturunan Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Nabi Ya’qub ‘alaihis salam memiliki nama lain Israil dan Ia merupakan keturunan dari Nabi Ishaq ‘alaihis salam. Sehingga dari garis keturunan tersebut lahirlah kaum Bani Israil dimana total telah ada 12 nabi yang diutus oleh Allah Ta’ala kepada kaum Bani Israil tersebut. Salah satu dari 12 nabi tersebut adalah Nabi Isa a.s.

Wallahua’lam

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini