Nabi Syith (Seth) Anak Nabi Adam

Izuan
nabi syith

Nabi Syith ialah anak Nabi Adam a.s, dilahirkan setelah Qabil dan Habil. Maksud nama Syith ialah anugerah Tuhan. Sesuai dengan namanya, Nabi Syits merupakan penerus keturunan Nabi Adam, pengganti kepada Habil yang telah dibunuh Qabil. Syith a.s tidak termasuk dalam kalangan 25 Rasul yang wajib diimani.

Setelah kematian Habil, Nabi Adam berasa sedih, selama beberapa tempoh. Allah SWT kemudian menganugerahkan anak lelaki sebagai pengubat kesedihan Nabi Adam.

Ketika saat-saat akhir kehidupan Adam a.s, baginda mewasiatkan kepada Syith a.s agar meneruskan wasilah kenabian.

Muhammad bin Ishaq menyatakan, “Saat sekarang, Adam berwasiat kepada anaknya, Syaits, mengajarkan saat-saat pada malam dan siang hari, mengajarkan ibadah apa saja pada saat-saat itu, dan memberitahukan padanya setelah itu akan terjadi banjir besar.”

Menurut sebuah riwayat yang berasal dari Abu Dzar, Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya, Allah menurunkan seratus empat suhuf (lembaran). Sebanyak lima puluh suhuf diturunkan kepada Syits.” (HR Ibnu Hibban)

Tidak banyak sumber yang menceritakan tentang kisah Nabi Syith, yang pasti ialah dia seorang yang soleh, cerdas dan bertanggungjawab dalam meneruskan tugas Nabi Adam, iaitu meneruskan wasilah kenabian.

Wallahua’lam

keywords : maksud nama nabi seth dalam islam,

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini