Nabi Musa Menampar Malaikat Maut

Izuan
musa menampar

Betul ke ada hadith tentang Nabi Musa menampar malaikat maut, bunyi mcm pelik je kan, sahih ke kisah tu?

Jom kita belajar sama-sama.

Dalil Hadith

Kisah tersebut terdapat di dalam sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Kata beliau:

أُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَام فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ فَقَالَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ فَرَدَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَيْنَهُ وَقَالَ ارْجِعْ فَقُلْ لَهُ يَضَعُ يَدَهُ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَلَهُ بِكُلِّ مَا غَطَّتْ بِهِ يَدُهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ سَنَةٌ قَالَ أَيْ رَبِّ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ الْمَوْتُ قَالَ فَالْآنَ فَسَأَلَ اللَّهَ أَنْ يُدْنِيَهُ مِنْ الْأَرْضِ الْمُقَدَّسَةِ رَمْيَةً بِحَجَرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَوْ كُنْتُ ثَمَّ لَأَرَيْتُكُمْ قَبْرَهُ إِلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ عِنْدَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ

Maksudnya :” Malaikat maut dihantar kepada Nabi musa. Apabila ia datangnya, Nabi Musa menampar malaikat. Lantas ia kembali kepada Allah seraya berkata : Engkau utuskan aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Maka Allah mengembalikan mata malaikat dan berfirman : Kembalilah dan katakan kepadanya supaya dia letakkan tangannya di belakang lembu jantan. Setiap bulu yang dilitupi oleh tanggannya itu adalah tahun (yang akan dia hidup).

Nabi Musa (setelah menyampaikan pesanan dari Allah) berkata : Wahai Tuhan, kemudian apa?.

Allah menjawab : kematian.

Nabi Musa berkata : Sekaranglah. Kemudian Baginda memohon kepada Allah agar didekatkan dengan tanah Palestin sejauh lontaran batu.

Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku ada di sana akan aku tunjukkan kuburnya yang berhampiran dengan jalan yang berada dengan pasir merah.”

Riwayat al-Bukhari (1339)( 3407),Muslim (6298)

Secara ringkasnya, kisah Nabi Musa menampar atau menumbuk muka malaikat adalah kisah yang thabit dan sahih. Sikap orang Islam adalah menerima riwayat ini sebagaimana para cendekiawan menyatakan :

تلقته الأمة بالقبول

Maksudnya :” Kesemua umat islam menerima pakai(sahih al-Bukhari)”


Berdasarkan hadith ini, timbul beberapa persoalan:

  1. Adakah kisah ini bermaksud bahawa Nabi Musa enggan ditarik nyawanya?
  2. Tidakkan kisah ini membawa makna bahawa Nabi Musa seorang yang kasar sehingga berani menumbuk muka malaikat?
  3. Bagaimana malaikat boleh dicederakan dan adakah ini bermakna malaikat sepertimana manusia yang mempunyai mata dan muka?

Hakikatnya, Ianya telah dijelaskan dan dijawab oleh Ibnu Khuzaimah sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani :

“Allah mengutuskan malaikat maut bukan untuk mencabut nyawanya akan tetapi sebagai satu ujian kepada Baginda. Dan Nabi Musa menampar muka malakat adalah kerana Baginda melihat seorang lelaki masuk ke rumahnya tanpa izin dalam keadaan Baginda tidak tahu bahawa itu adalah malaikat maut”

Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari( 20/115)

Untuk huraian lengkap berkenaan kisah ini, boleh rujuk di artikel mufti wilayah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini