Nabi Ilyas a.s

Izuan
nabi ilyas

Nabi Ilyas a.s. (bahasa Arab: إلياس) ialah salah seorang utusan Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

(Surah al-Saffat: 123)

Ulama yang mengkaji berkaitan nasab berkata, beliau ialah Ilyas bin Tasbi. Dikatakan beliau ialah: Ibn Yasin bin Finhas bin al-‘Aizar bin Harun. Dikatakan juga: Ilyas bin al-‘Azir bin al-‘Aizar bin Harun bin ‘Imran. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 1/393)

Para ulama’ berkata: Beliau diutuskan kepada penduduk Ba’labak (بعلبك) yang terletak di barat Damsyiq. Beliau menyeru mereka untuk menyembah Allah SWT semata-mata serta meninggalkan sembahan kepada berhala yang mereka namakannya sebagai Ba’l (بعل). (Lihat Tafsir al-Tabari, 21/95)

Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. (124) “Patutkah kamu menyembah berhala Ba’la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta? (125) “Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!” (126) Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa), (127) Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan). (128) Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: (129) “Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!” (130) Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (131) Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (132)

(Surah al-Saffat: 123)

Wallahua’lam

Rujukan – mufti wilayah

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini