Maksud Mahram Bagi Perempuan dan Lelaki

Izuan
mahram

Maksud mahram ialah orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana faktor tertentu. Ia terbahagi kepada dua larangan iaitu :

  1. Mahram Muabbad – haram selama-lamanya
  2. Mahram Muaqqat – haram sementara

Bukan mahram atau ajnabi pula ialah orang yang kita boleh kahwin dengannya, perlu jaga aurat dengan mereka dan tidak boleh bersentuhan.

Mahram Muabbad

Haram muabbad terbahagi kepada tiga :

1. Haram dengan sebab keturunan

  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu dan bapa ke atas
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan
  • Cicit perempuan dan ke bawah
  • Saudara perempuan seibu sebapa atau seibu atau sebapa
  • Anak saudara perempuan daripada saudara lelaki atau perempuan
  • Cucu saudara perempuan daripada saudara lelaki atau perempuan dan ke bawah

2. Haram dengan sebab perkahwinan

  • Isteri kepada bapa (ibu tiri, mertua), termasuk juga isteri kepada datuk dan ke atas.
  • Isteri kepada anak (menantu), termasuk juga isteri kepada cucu dan ke bawah.
  • Anak tiri perempuan atau cucnya ke bawah.

3. Haram dengan sebab susuan

  • Ibu susuan
  • Anak perempuan yang disusui
  • Saudara perempuan susuan
  • Ibu saudara susuan belah ibu atau bapa
  • Anak saudara susuan bagi saudara perempuan atau lelaki

Mahram Muaqqat

Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

  • Adik beradik isteri(ipar)
  • Ibu saudara kepada isteri sebelah bapa atau ibu.
  • Perempuan yang hendak dikahwini itu tidak menjadi isteri kelima kepada lelaki yang sedang beristeri empat.
  • Perempuan yang masih menjadi isteri orang.
  • Perempuan yang dalam iddah orang lain.
  • Perempuan yang ditalak tiga(hanya bagi suami yang menceraikannya.

Di atas ialah contoh mahram bagi lelaki.

Mahram Bagi Wanita

mahram perempuan
mahram chart
mahram-wanita

Semoga kita sama-sama dapat membezakan antara mahram dan bukan mahram, supaya terjaga aurat dan tidak senang-senang je bersalaman dengan ornag yang bukan mahram, terutama masa raya nanti. Lagi satu jangan tersilap mahram dengan muhrim ye.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini