Apa Beza Mahram dan Muhrim?

Izuan
mahram-wanita

Ada beza ke mahram dan muhrim, atau sama je?

Istilah mahram dan muhrim, bunyinya macam dekat, tapi maksudnya jauh beza. Apatah lagi dengan Muharam lagi la jauh maknanya.

Kadang-kadang orang cakap, “eh tak boleh salam dia sebab dia tu bukan muhrim, kita boleh salam dengan muhrim je”. Bagi yang memahami maksud mahram dan muhrim, penggunaan kata di sini boleh dikira salah ye.

Maksud muhrim adalah orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah. Mereka ini diharamkan melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan dua ibadah ini.

Maksud mahram adalah orang yang berlainan jantina dengan kita, lelaki atau perempuan yang haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana faktor tertentu.

Kita perlu mengetahui siapa mahram kita supaya:

  • Dapat menjaga aurat daripada dilihat oleh mereka yang tidak berhak.
  • Tidak bersalaman dengan bukan mahram.
mahram wanita

Maksud ajnabi adalah orang asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya

Senang cerita, ajnabi = bukan mahram, mereka tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengan mereka.

Kita perlu tahu siapa ajnabi terutamanya wanita kerana, aurat perempuan dihadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Semoga lepas ini tiada orang yang masih tersilap antara mahram dan muhrim ye.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini