Makruh atau karahah disisi mazhab Syafie memberi maksud benci atau tidak disukai.
Digunakan karahah dengan maksud sunat tidak dilakukannya.
Makruh terbahagi kepada dua jenis:
1. Makruh Tahrim
Adapun makruh Tahrim, ia merupakan perbuatan terlarang yang ditetapkan oleh dalil yang mengandung multitafsir. Syeikh Ibrahim Al-Baijuri menyebut, contoh makruh tahrim adalah solat sunnah mutlak selepas solat Subuh dan solat Ashar.
Al-Baijuri juga menyebut riwayat Imam Muslim yang menceritakan, Rasulullah SAW melarang sejumlah sahabatnya untuk salat di tiga waktu. Salah satunya ialah setelah solat solat Subuh.
لما رواه مسلم عن عقبة بن عامر رضي الله عنه قال ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينهانا أن نصلي فيهن أو نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب
“Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sahabat Uqbah bin Amir RA, ia berkata, ‘Terdapat tiga waktu di mana Rasulullah SAW melarang kami shalat atau memakamkan jenazah kami di dalamnya, yaitu ketika matahari terbit hingga naik, ketika unta berdiri (karena panas atau istiwa) hingga matahari sedikit miring, dan ketika matahari miring hingga terbenam,’”
(Lihat Syekh Ibrahim Al-Baijuri, Hasyiyatul Baijuri ala Syarah Allamah ibni Qasim, [Beirut, Darul Fikr: tanpa catatan tahun], cetakan pertama, halaman 197).
2. Makruh Tanzih
Perbuatan yang hukumnya makruh Tanzih merupakan perbuatan terlarang yang menyalahi adab, tetapi tidak berdosa jika melakukannya. Contohnya seperti minum sambil berdiri, mengipasi makanan panas, memulai sesuatu serba kiri serta meninggalkan amalan yang dianjurkan.
Wallahua’lam