Lakukan Ini Ketika Menghadapi Kematian atau Nazak

menghadapi kematian

Setiap insan akan menghadapi kematian. Yang membezakannya ialah cepat atau lambat sahaja.

Jangan lupa juga, kita perlu menjaga adab ketika menziarahi orang sakit.

Jika kita melihat orang yang sedang nazak, ada beberapa perkara kita boleh buat:

Memperkatakan hanya perkara-perkara yang baik sahaja kerana Malaikat a.s. mengaminkan apa yang kita ucapkan.

Memendekkan masa duduk dan jangan membuat bising.

Sunat diajarkan mereka kalimah syahadah:

لآ إِلَهَ إِلَّا الله

Maksudnya: Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah.

Mengajar kalimah itu memadailah sekali sehinggalah dia menuturkan perkara lain.

Setelah bertutur perkara-perkara yang lain maka ajarkan semula kalimah itu.

Orang yang sakit sunat membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِیْكَ لَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ باِللهِ

Seterusnya, sunat juga membaca:

اللَّھُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِیْقِ اْلأَعْلَى

“Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan teman yang tinggi derajatnya (para nabi dan orang soleh)”

Ketika Sakaratul Maut, bacalah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ إِنَّ لِلْمَوْتِ لَسَكَرَاتٍ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya setiap kematian ada sekaratnya“

Doa saat memejamkan mata mayat

اللَّھُمَّ اغْفِرْ لِفُلاَنِ الْمَھْدِیِّیْنَ، وَاخْلُفْهٌ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِیْنَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ یَا رَبَّ الْعَالَمِیْنَ، وَافْسَحْ لَه فيِ قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِیْهِ

“Ya Allah, ampunilah fulan (sebut namanya), angkatlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk. Hendaklah Engkau menjadi pengganti untuk keturunannya (peliharalah mereka). Ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Penguasa alam. Luaskan baginya dalam kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya“.

HR. Muslim: 2/634.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Jenazah

  1. Sunat menutup matanya.
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan si mati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan juga Akhirat.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke arah kiblat.
  6. Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletakkan surah Yasin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
  7. Menutup keseluruhan tubuhnya.
  8. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.

Wallahua’lam

sumber – akuislam

1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
Prash Fotinatosescu
4 months ago

cool post!