Adab Ziarah Orang Sakit dan Doa Orang Sakit

adab ziarah orang sakit

Berikut ialah adab ziarah orang sakit yang diajar dalam Islam.

Kenapa Perlu Ziarah?

Tahukah anda bahawa menziarahi orang sakit merupakan antara salah satu hak yang wajib dipenuhi oleh seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” 

[Riwayat Muslim (2162)]

7 Adab Ziarah Orang Sakit

1. Maklumkan bila hendak datang melawat dan minta izin dahulu
2. Pilih waktu melawat yang sesuai supaya tidak mengganggu waktu privasi mereka
3. Bawa buah tangan, walaupun simple2 je seperti buah-buahan
4. Jangan datang beramai-ramai, kerana akan membuatkan pesakit lain tidak selesa
5. Jangan duduk terlalu lama
6. Jaga pertuturan kerana orang sakit mudah terasa
7. Doakan yang baik-baik untuk pesakit

Doa Untuk Orang Sakit

لاَ بَأْسَ طَھُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ

Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, Insya Allah“.

HR. Bukhari: 10/118

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِیْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِیْمِ أَنْ یَشْفِیَكَ (سَبْعَ مَرَّاتٍ)

“Aku mohon kepada Allah yang Maha Mulia pemilik ‘Arasy Yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu”. Dibaca tujuh kali.

Lihat Shahih Tirmidzi: 2/210 dan Shahih Jami’: 5/180

Doa Orang Sakit Yang Tidak Bisa Sembuh

.اللَّھُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِیْقِ اْلأَعْلَى

“Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan teman yang tinggi derajatnya (para nabi dan orang shaleh)”.

HR. Bukhari: 7/10, Muslim: 4/1893.

Keutamaan Ziarah Orang Sakit

Beliau (Rasulullah SAW) bersabda:

“Jika seseorang berkunjung kepada saudaranya yang muslim (yang sedang menderita sakit), maka seakanakan dia berjalan-jalan di syurga hingga duduk. Apabila sudah duduk, maka dituruni rahmat dengan deras. Apabila dia berkunjung di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendo’akan-nya agar mendapat rahmat hingga sore hari. Apabila dia berkunjung di sore hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendo’akannya agar diberi rahmat hingga pagi hari”.

HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, lihat Shahih Ibnu Majah: 1/244 dan Shahih Tirmidzi: 1/286. Ahmad Syakir menyatakan bahwa hadits tersebut adalah shahih.

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan:

sumber – muftiwp, akuislam

1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini