Kisah Ammar bin Yasir

Izuan
Ammar bin yasir

Ammar bin Yasir ialah seorang sahabat yang tergolong dalam al-Sabiqun al-Awwalun iaitu generasi awal yang memeluk Islam. Beliau ialah anak kepada Yasir bin Amir dan Sumayyah bin Khayyat. Ibu bapanya berada di bawah jagaan Bani Makhzum, iaitu salah satu kabilah yang berkuasa di Makkah ketika itu. Ibunya hamba kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah, maka ketika Ammar lahir, secara automatik dia menjadi hamba kepada Bani Makhzum juga.

Ammar dan keluarganya tertarik dengan ajaran Islam, lalu menyatakan keimanan kepada Rasulullah pada awal penyebaran Islam di Makkah. Pada masa itu dakwah Rasulullah dijalankan secara rahsia.

Sampai suatu masa, keislaman keluarga Ammar diketahui oleh tuannya iaitu Abu Huzaifah al-Mughirah, mereka pun diseksa di tengah padang pasir yang panas terik. Antara seksaan diterima ialah tidak diberi makan minum, diletak besi panas, dan dipukul. Ibunya, Sumayyah dan ayahnya, Yasir telah syahid terlebih dahulu.

Seksaan terhadap Ammar bin Yasir diteruskan sehinggakan beliau merasakan hampir mati. Berkata salah seorang yang pendera, “Selagi engkau tidak menafikan Muhammad, kami tidak akan berhenti menyeksa engkau”. Akibat ketakutan dan kerisauan melampau Ammar telah berkata sesuatu yang tidak sepatutnya. Maka, kaum Quraisy melepaskan beliau.

Setelah itu, beliau berasa risau dan bersalah lalu memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang terjadi. Kemudian Rasulullah bertanya, “Bagaimana keadaan hatimu yang sebenar?”. Ammar menjawab, “Ya Rasulullah, hatiku masih lagi dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah dan rasulNya. Rasulullah menjawab, “Maka semuanya akan baik-baik sahaja, semoga Allah mengampuni kesilapan kamu”.

Telah turun ayat Quran, untuk menjawab persoalan tersebut.

Barangsiapa kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.

Surah an-Nahl : 106

Kematian Ammar bin Yasir

Ammar bin Yasir kemudian sempat menyertai Rasulullah SAW dalam Perang Badar al-Kubra. Setelah Baginda SAW wafat, beliau menyertai Perang Jamal dan Perang Siffin. Di dalam Perang Siffin, beliau telah terkorban pada 657M, dan ketika berumur lebih kurang 90 tahun.

Banyak hadits hingga sampai darjat mutawatir yang menceritakan bahwa kaum pemberontak akan membunuh ‘Ammar bin Yasir. Berita ini dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits itu menyebutkan bahwa ‘Ammar dibunuh saat perang Shiffin saat bersama ‘Ali pada tahun 37 Hijriyah. (Lihat Minhah Al-‘Allam fii Syarh Bulugh Al-Maram, 2:81-82).

Wallahua’lam

sumber – rumaysho

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini