Kisah Sumayyah Didera Sampai Mati Syahid

Izuan
Sumayyah

Sumayyah binti Khayyat (سمية بنت خياطّ) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sejak dari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu.

Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga berkahwin dengan Yasir bin Amir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Sumayyah Memeluk Islam

Sumayyah, suami Sumayyah, Yasir bin Amir dan anak Sumayyah, Ammar bin Yasir merupakan antara golongan awal yang memeluk Islam dan termasuk dalam golongan al-Sabiqun al-Awwalun.

Sebagai seorang hamba milik Bani Huzaifah, tuannya berasa malu dan hina apabila hambanya masuk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Maka Abu Huzaifah membawa mereka ke tengah padang pasir dan mendera mereka dengan tidak memberi makan minum, memukul dan membakar anggota badan.

Abu Jahal turut serta dalam penyeksaan terhadap keluarga Yasir, dan dia akhirnya yang menamatkan riwayat Sumayyah menggunakan lembing akibat hilang kesabaran terhadap kekentalan jiwa Sumayyah dalam mempertahankan akidah Islam.

Dijanjikan Syurga

Sewaktu didera di tengah padang pasir yang panas terik. Rasulullah SAW pergi ke sana, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana Islam masih tidak kuat lagi dan berada pada fasa awal penyebarannya. Nabi Muhammad hanya mampu berkata “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

https://youtu.be/WM2I0exDcZQ

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini